Punca Utama Wanita Stress Di Tempat Kerja

Penat, letih, malas, boring dan sebagainya adalah perkataan yang sering diungkapkan oleh manusia terutamanya wanita apabila mereka sudah mula berputus asa dengan pekerjaannya. Pernah tak anda terfikir kenapa situasi sebegini sering berlaku kepada wanita?

Walaubagaimana pun bagi sesetengah orang terutamanya majikan, perkara sebegini kebiasaannya akan dianggap kecil dan remeh. Majikan hanya lebih mementingkan prestasi kerja berbanding kesihatan mental pekerjanya.

Berikut adalah sebab2 utama kenapa kebanyakkan pekerja sering mengalami tekanan atau stress di tempat kerja dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

1. Majikan Terlalu Mendesak

Setiap pekerjaan tak kira apa jua bidangnya pasti sudah menetapkan ekspektasi dan kualiti kerja seperti yang diinginkan oleh majikan. Cuba fahami dan sentiasa berfikiran positif terhadap tugas dan kerja yang telah diberikan kepada anda. Susun atur semula setiap pekerjaan yang diberikan supaya anda medapat situasi yang tenang ditempat kerja.

2. Konflik Rakan Sekerja

Rakan sekerja juga memainkan peranan penting di tempat kerja. Jika mempunyai rakan sekerja yang tidak sefahaman dan serasi pasti akan menimbulkan tekanan. Konflik sebegini pasti akan menyebabkan produktiviti kerja anda menurun. Untuk mengekang masalah ini supaya berlarutan, elakkan dari bercerita isu-isu yang tidak berkaitan semasa bekerja dan sentiasa positif.

3. Bebanan Tugas

Tugasan yang berlebihan akan membuatkan anda terpaksa untuk bekerja dengan lebih masa dan terpaksa korbankan waktu rehat pasti akan membuatkan anda stress. Ingat! setiap orang mempunyai tugasan masing-masing, rancang dan susun kemas tugasan anda dengan baik supaya tidak memningkan kepala. Jangan buat kerja pada saat akhir, bukan sahaja menambahkan tekanan malah prestasi kerja anda juga akan menurun.

4. Tiada Komunikasi

Elakkan dari makan dan duduk sendirian, sentiasa lah bertegur sapa dengan rakan sekerja dan sesekali bergaul mesra pasti akan hilangkan rasa beban tekanan didalam diri.

Tekanan ditempat kerja akan menyebabkan produktiviti kerja anda menurun. Semakin lama disimpan semakin buruklah kesannya. Bukan sahaja kehidupan peribadi anda terjejas, berkemungkinan juga akan hilang pekerjaan. Jadi, mulai hari ini cuba ubah cara dan suasana kerja supaya dapat mengelakkan tekanan di tempat kerja. -utaranews.com

One thought on “Punca Utama Wanita Stress Di Tempat Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *