Ramuan Mudah Untuk Jadikan Bibir Pinky Macam Bayi

Siapa ada masalah bibir hitam dan kusam? Kalau nak tahu, bibir hitam ni boleh terjadi dai pelbagai faktor. Antaranya kerap memakai lipstick, kurang minum air, bibir kering, terdedah dengan cahaya matahari dan pelbagai lagi.

Dah cuba pakai macam-macam jenis produk tapi masih tiada perubahan? Hmmm jangan bimbang anda boleh cuba cara semulajadi ini pula untuk selesaikan masalah bibir kusam tu.

Anda cuma perlukan 3 bahan ini;

Minyak zaitun / Minyak kelapa dara
Serbuk kayu manis
Gula
Bekas untuk simpan

Caranya mudah sahaja.

1. Campurkan ketiga-tiga bahan diatas. Anggaran sendiri ye..

2. Gaul rata kesemua bahan tadi, jangan trlalu cair.

3. Dah siap, boleh masukkan ke dalam bekas.

Pakai la setiap hari sebelum tidur. In sha Allah tiada lagi masalah bibir hitam dan yang paling penting jimat! Tak perlu nak tutup dengan gincu dan tak payah nak berbelanja mahal untuk beli produk-produk diluar sana tu.

Bibir anda akan menjadi lembut dan pinky-pinky bak bibir bayi. – utaranews.com

Kredit: Fahaniza Bakri

2 thoughts on “Ramuan Mudah Untuk Jadikan Bibir Pinky Macam Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *