Rebusan Daun Inai Dan Sirih Mampu Atasi Masalah Bau Badan Wanita

Masalah bau badan ni memang masalah besar kan. Kadang-kadang kita nak tegur pun rasa serba salah. Ye la takut terkecilkan hati tuan empunya badan pulak kan.  Tapi kalau badan isteri sendiri yang berbau macam mana? Nak tak nak kena bersuara jugak lah.

Dengar macam kelakar tapi ini bukan perkara main-main tau. Nanti bila suami buat perangai tak nak romantik-romantik macam masa mula baru kahwin mula lah sibuk nak luah dalam KRT.

Untuk pengetahuan kakak-kakak diluar sana, pakai minyak wangi tak kan membantu untuk hilangkan bau badan tau malah memburukkan keadaan lagi ada lah. Cuba bayangkan bau kedua-dua ni bersatu..perghh tengit dia boleh pengsan suami kat sebelah.

Okay, disini kami ingin kongsikan satu petua tradisional yang boleh hilangkan masalah bau badan ni terutamanya pada golongan wanita.

Jom check it out!

Bahan-bahannya:

3 helai daun sireh
Segenggam daun inai
3 gelas air

Cara-caranya:

1. Rebus kedua-dua daun ini dengan air dalam periuk dengan api yang sederhana kecil.

2. Rebus sehingga menjadi satu gelas.

3. Setelah mendidih, tapis kemudian minum airnya setelah suam.

Amalkan minum air rebusan ini seminggu sekali ataupun setiap kali selepas habis period. Bukan sahaja dapat hilangkan bau badan, wajah anda juga akan kelihatan segar dan berseri-seri. Cuba lah! – utaranews.com

One thought on “Rebusan Daun Inai Dan Sirih Mampu Atasi Masalah Bau Badan Wanita

  • 21/03/2018 at 1:54 am
    Permalink

    Dua kali sbulan , pkai la jgak pupur hampas kelapa . Badan pun akn brtmbh licin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *