Rumah makin mahal.., rakyat hanya mampu tengok

‘Harga rumah sekarang makin mahal, hanya mampu tengok saja,’ itu antara keluhan yang sering disuarakan oleh rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah.

Kebanyakkan harga rumah yang baru dibina dijual terlalu tinggi oleh pemaju perumahan menyebabkan rakyat negara ini terutamanya belia sukar mencari rumah pertama mereka.

Oleh itu, generasi Y di Malaysia dijangka akan berhadapan dengan situasi ‘homeless generation’.

Menurut usahawan hartanah, Ahyat Ishak, kebanyakkan belia tinggal di bandar-bandar besar tidak mampu untuk memiliki hartanah di bandar kerana pasaran hartanah yang tinggi.

“Ini terjadi disebabkan pinjaman dan pembelian rumah selain kebanjiran pembinaan rumah oleh pemaju pada harga tidak mampu milik, selain sentimen pasaran.

“Dari kajian yang dibuat turut menunjukkan, tujuh per sepuluh rakyat terutamanya golongan belia di negara ini, terpaksa tinggal di bandar-bandar besar. Oleh sebab, mereka tidak mampu untuk memiliki hartanah di bandar kerana pasaran hartanah yang tinggi.

“Pada masa sama, mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi. Disebabkan itu, pelaburan dan pendapatan mereka menjadi semakin sempit,” katanya.

Selain itu, Ahyat berkata kenaikan harga rumah berpunca dari sikap pemaju di Malaysia yang ghairah membina hartanah pada harga tinggi sedangkan hanya 30 peratus sahaja yang mampu dimiliki rakyat Malaysia.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata kebanyakkan rumah yang masih tidak terjual berharga RM250,000 ke atas.

Beliau berkata rata-rata rakyat di negara ini hanya mampu membeli rumah di bawah harga RM250,000.-utaranews

One thought on “Rumah makin mahal.., rakyat hanya mampu tengok

  • 20/03/2018 at 5:59 pm
    Permalink

    Ha.. kan dh m’bzir nme nye . Buat , pastu jual mahal2x . X pantau dlu ke purata gaji rkyt m’sia?
    Buduh .
    X mustahil akn dtg, org kita lbh b’minat tinggal dlm rumah ats pokok .
    Mcm dlm ‘treehouse master’ tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *