Rupanya Minyak Bijan Sangat Baik Untuk Kesihatan Jantung

Seperti yang diketahui ramai, minyak bijan sangat terkenal dalam masakan China, Korea, Tionghua dan juga Jepun. Mereka sangat gemarkan aroma dan rasa yang terdapat dalam minyak bijan.

Menggunakan minyak bijan akan membuatkan masakan menjadi lebih harum dan menyelerakan. Nak tahu tak apa kebaikan dan khasiat minyak bijan?

Jom baca;

Mengurangkan Tekanan Darah

Minyak bijan mengandungi magnesium yang banyak di mana ianya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi ataupun hipertensi.

Menjaga Kesihatan Jantung

Nutrien semulajadi yang terdapat dalam biji bijan dikatakan mampu menjaga kesihatan dan mencegah dari terkena serangan jantung.

Anti Kanser

Biji bijan kaya dengan serat dimana dapat membantu tubuh badan dari terkena serangan kanser terutamanya kanser usus.

Mencegah Diabetes

Minyak bijan boleh mengurangkan kadar glukosa dalam darah. Bagi sesiapa yang menghidap penyakit diabetes sangat sesuai untuk bertukar kepada minyak bijan.

Jadi tidak hairan lah terdapat ramai warga emas yang mampu hidup lebih lama di Jepun dan juga Korea kan. Kebanyakkan dari mereka juga tidak mempunyai sebarang penyakit dan masih kuat untuk berjalan. Apa kata kita pun tukar kepada minyak bijan jugak lepas ni. Barulah bertambah sihat. – utaranews.com

One thought on “Rupanya Minyak Bijan Sangat Baik Untuk Kesihatan Jantung

  • 20/03/2018 at 12:36 am
    Permalink

    Minyak bijan klau letak kat rambut, nescaya rambut akan m’jd kuat .
    Kuat itu cantik

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *