Saham Snapchat Jatuh Gara-Gara Kemarahan #Rihanna

Jika sebelum ini saham syarikatnya pernah jatuh gara-gara tweet Kylie Jenner, kali ini, Snapchat terpaksa melalui episod yang sama selepas tersilap langkah mencipta konflik dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Umbrella’ iaitu Rihanna.

Ia bermula, apabila iklan aplikasi itu memaparkan kisah silam Rihanna dengan bekas teman lelakinya, Chris Brown melalui aplikasi bernama ‘Would You Rather’ yang meletakkan pilihan kepada pemain sama ada mereka ingin menampar Rihanna atau menumbuk Chris Brown.

Berang dengan tindakan syarikat itu, Rihanna tampil meluahkan rasa berangnya di ‘instastory’ mengecam syarikat itu kerana tindakan mereka itu seolah-olah memperlekehkan mangsa keganasan domestik.

Seperti yang dilalui oleh Rihanna pada tahun 2009 apabila dia terlibat dengan kes keganasan domestik selepas dipukul oleh Chris Brown yang juga bekas teman lelakinya.

Luahan Rihanna itu turut mendapat perhatian daripada pengikutnya yang juga turut menyebabkan aplikasi itu kehilangan sejumlah pengguna mereka sekaligus menyebabkan saham syarikat induk Snapchat iaitu Snap Inc. menurun.

Selepas dibidas, syarikat Snap Inc menarik semula iklan itu dengan alasan iklan ‘Would You Rather’ itu telah mendapat kelulusan tanpa mengikut garis panduan pengiklanan yang mereka tetapkan. -utaranews.com

One thought on “Saham Snapchat Jatuh Gara-Gara Kemarahan #Rihanna

  • 19/03/2018 at 5:48 pm
    Permalink

    Dia mrah beria tu sbab sbnar nye , snapchat x upgrade kan brsama foto telanjang kangkang dia .
    Tau sgt la isi hati si hitam dahi jendul ni

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *