Sakit Kepala Dan Diabetes Antara Risiko Jika Selalu Tidur Berlebihan

Siapa lagi kuat tidur, lelaki ke perempuan? Selalu kita dengar doktor marah kalau tak cukup tidur kan. Ye la boleh memudaratkan diri sendiri. Tapi macam mana pula kalau terlebih tidur? Takpe ke?

Sebenarnya tidur yang terlebih-lebih ni juga ada keburukannya. Menurut pakar, manusia digalakkan untuk tidur selama 7-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.

Orang yang mempunyai hobi kuat tidur atau tidur lama ni berkemungkinan besar untuk mendapat masalah kesihatan seperti jantung, diabetes dan sebagainya.

Nak tahu lebih lanjut lagi, baca sampai habis ye.

1. Senang Mendapat Sakit Kepala

Bukan kurang tidur sahaja boleh membuatkan seseorang mudah untuk terkena sakit kepala, lebih tidur juga akan memberi kesan yang sama. Ini disebabkan jumlah neurotransmitter dalam otak anda tidak seimbang. neurotransmitter yang seimbang juga akan membantu tubuh memperbaiki sistem penghadaman, imunisasi dan juga hormon.

2. Cepat Stress

Kebiasaanya individu yang kuat tidur ini adalah orang yang sedang mengalami depresi. Mereka lebih memilih untuk mengurung diri dalam bilik untuk menghilangkan stress. Ini salah ye..jika anda sedang mengalami depresi sewajarnya elakkan bersendirian, keluar lakukan aktiviti fizikal diluar rumah barulah bertambah kembali keyakinan diri.

3. Sistem Badan Terganggu

Menurut pakar, tidur yang lama juga akan menjejaskan fungsi otak. Jika sistem otak yang terganggu juga akan memberi kesan buruk kepada hormon dan juga suhu badan menjadi tidak seimbang. Oleh disebabkan ini, badan anda akan menjadi lebih letih dan dan tidak bermaya.

Bagi wanita pula, satu kajian yang dilakukan di Korea mendapati wanita yang kuat tidur lebih susah untuk hamil berbanding dengan wanita yang jangka masa tidurnya normal.

4. Diabetes

Tidur terlalu kurang dan tidur yang terlebih akan mempengaruhi paras gula dalam badan. Individu yang tidur berlebihan adalah 2kali ganda lebih terdedah kepada kencing manis.

5. Punca Gemuk

Selain mudah mendapat penyakit kencing manis dan diabetes, tidur berlebihan juga boleh menyebabkan anda obesiti. Ini kerana dengan tidur, badan anda kurang bekerja untuk membakar kalori.

Apa yang ingin ditekankan disini adalah kualiti tidur yang anda dapat lebih penting berbanding dari kuantitinya. –utaranews.com

2 thoughts on “Sakit Kepala Dan Diabetes Antara Risiko Jika Selalu Tidur Berlebihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *