Sami patut dibawa ke Parlimen untuk bakar colok halau ‘Hantu’ Kit Siang

Berikutan laporan terdapat kelibat Hantu yang berkeliaran di Parlimen Malaysia, khidmat Sami mungkin diperlukan untuk membakar colok dan melakukan upacara sembahyang sikit bagi menghalau Hantu tersebut.

Difahamkan bahawa Hantu yang kini berkeliaran di Parlimen tersebut bukanlah calang-calang hantu. Ia dipercayai dari spesis “Hantu Muka Tembok dan Tak sedar diri”, iaitu sejenis hantu yang semakin pupus didalam senarai hantu-hantu di Malaysia.

Malang sekali kerana Raja Bomoh Sedunia iaitu Mahaguru Ibrahim Mt Zin sudahpun bersara. Jika tidak, sudah tentu Hantu yang berkeliaran di Parlimen tersebut mudah saja dihalau dengan cara menghempas dua biji kelapa di kepalanya.

Ramai yang percaya bahawa, kewujudan Hantu berkenaan berkait rapat dengan pembelian sebuah banglo tak berpenghuni di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang. Pemimpin DAP yang membeli banglo terbabit mungkin tak melakukan upacara ‘bersihkan rumah’ bagi menghalau sebarang roh jahat di kawasan tersebut.

Disebabkan kewujudan banyak roh jahat di banglo pinhorn, maka tak hairanlah pemimpin DAP berkenaan membelinya dengan harga yang sangat murah. Akibatnya, hantu tua tersebut menghantui Parlimen dimana pemimpin DAP berkenaan berkerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *