Sedapnya Jeruk Belimbing Buluh..

Dengar je nama belimbing buluh mesti boleh bayangkan tahap masam dia. Sebab tu la buah kecil ni jarang digemari terutamanya orang muda.

Buah belimbing buluh ni bukan sahaja sedap jika dimasukkan ke dalam masakan, kerabu atau sambal. Ia sebenarnya sangat sedap jika dibuat jeruk.

Cuba bayangkan rasa dia yang memang semulajadi masam tu bila dijadikan jeruk..,perghhh pasti terangkat la. Silap-silap semua tak pandang dah jeruk mangga tu.

Jom tengok cara-cara nak buat jeruk belimbing buluh ni.

Bahan-bahan:

Belimbing buluh
Garam
Gula
Cili padi
Air
Cuka

Cara pembuatannya pula:

1. Bersihkan belimbing buluh dan buangkan sedikit bahagian hujung dan pangkalnya.

2. Masukkan belimbing ke dalam bekas/balang.

3. Isikan air dan garam ke dalam bekas tadi. Tutup dan biarkan selama 2 hari.

4. Selepas 2 hari, buangkan airnya kemudian masukkan semula belimbing tersebut dengan air biasa. Biarkan selama 3 jam.

5. Masak air gula dan biarkan sejuk.

6. Toskan rendaman belimbing tadi dan masukkan semula kedalam bekas.

7. Tuang air gula, sedikit garam, cuka dan potongan cili padi kedalam bekas. Tutup dan masukkan ke dalam peti sejuk.

8. Tunggu selepas 1 hingga 2 jam. Dah boleh makan.

Senang kan..Selamat mencuba! – utaranews.com

Kredit : Norshah Mann Sharipuddin

One thought on “Sedapnya Jeruk Belimbing Buluh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *