Siti Elizad Tak Sanggup Berpoligami

Sebut sahaja mengenai hidup bermadu dan poligami pasti ramai wanita akan berasa gerun dan merasakan itu sebagai satu mimpi ngeri yang sukar untuk mereka terima sama sekali.  Perkara itu juga turut sukar untuk diterima pelakon terkenal, Elizad Sharifuddin.

Meskipun dia melakonkan watak wanita yang rela hidup bermadu dalam drama, ‘Syurga Yang Kedua’ yang mengetengahkan perkara positif kehidupan berpoligami tetapi itu tidak bermakna dia rela untuk melalui kehidupan bermadu dalam dunia yang nyata.

Malah, Elizad turut mengatakan yang andai kata suaminya ingin berkahwin lain, dia akan memilih untuk mengundurkan diri dan memberikan suaminya peluang untuk meneruskan hidupnya bersama isteri baru.

Sama seperti wanita lain, Elizad mengakui dia tidak kuat untuk mengharungi kehidupan sebagai watak Sabrina yang dilakonkannya dalam drama itu tetapi dalam masa yang sama, bersyukur kerana drama itu juga telah berjaya membuka mata wanita diluar sana mengenai poligami.

Itu terbukti apabila terdapat segelintir pengikut laman sosialnya yang tanpa segan membincangkan isu itu dan itu menunjukkan pemikiran wanita-wanita itu sudah matang dan positif. Namun, itu tidak bermakna semua wanita sudah rela dan boleh menerima hidup bermadu kerana masih ada lagi wanita yang takut dan sukar menerima poligami itu.

Tidak dinafikan poligami umpama perkara yang menakutkan dan hanya timbul sebagai perosak rumah tangga. Mungkin jika berlaku, kebanyakan wanita akan lebih cenderung untuk mengunakan cara sama seperti Elizad iaitu berpisah. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *