Siti Sarah Lebih Selesa Menyanyi Lagu Lama

Gegar Vaganza musim ke-3 atau GV3 telah lama berakhir namun, sehingga kini masih tiada lagi lagu terbaru yang dikeluarkan oleh pemenang tempat kedua GV3 iaitu Siti Sarah, sebaliknya Sarah dilihat lebih selesa menghiburkan peminatnya mengunakan lagu-lagu lama miliknya.

Menurut Sarah, apabila memikirkan populariti lagu-lagu lamanya yang masih hit sehingga sekarang dia sebenarnya berasa tertekan untuk merakamkan lagu baru. Malah, itu juga turut dirasai pihak pengurusan sewaktu ingin mencari lagu yang bersesuaian dengannya dan cita rasa pendengar sekarang.

Namun bagitu, Sarah mendedahkan yang dia sudah selelasi merakamkan single terbarunya yang sudah sekian lama tertangguh diatas pelbagai alasan seperti kesihatan dirinya yang tidak menentu dan jadual kerjanya yang padat.

Enggan memberkan sebarang janji untuk lagu terbarunya itu, Sarah cuma berharap agar lagu itu dapat diterima baik oleh peminat apabila ia dilancarkan tidak lama lagi. Sudah pasti ia akan mendapat sambutan yang positif terutama sekali daripada peminat Sarah yang sudah lama menunggu.

Lagi pula, bakat nyanyian Sarah masih tiada tandingan jadi pasti lagu apa sahaja yang diberikan pada Sarah, pasti akan meletop-letop punya. Tak sabar pula hendak tunggu single Sarah itu keluar. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *