Tambah Garam Dengan Syampo Untuk Hilangkan Gatal Kepala

Betul ke garam boleh merawat rambut gugur dan masalah kulit kepala? Menurut kajian, garam mempunyai sifat detoksifikasi yang boleh membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.

Garam juga boleh membunuh bakteria yang membuatkan rambut anda berkelimumur, menghilangkan minyak dan menutup kembali liang-liang yang terbuka.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai masalah kulit kepala gatal, kelimumur, rambut gugur dan rosak boleh lah gunakan garam untuk mengatasi masalah ni.

Selain dapat melegakan masalah tersebut, rambut juga akan menjadi lebih sihat, lebat dan bersinar. Berikut adalah satu perkongsian oleh Puan Shakila Rahim dimana beliau sendiri telah mencubanya.

Caranya adalah dengan mencampurkan garam dengan syampu ataupun basahkan dahulu rambut dengan air garam kemudian baru syampu. Untuk pengetahuan, syampu akan menjadi kurang berbuih bila dicampurkan dengan garam. Jadi jangan terkejut pulak kalau syampu anda tidak berbuih.

Cuba lah. Insha Allah berkesan. – utaranews.com

One thought on “Tambah Garam Dengan Syampo Untuk Hilangkan Gatal Kepala

  • 20/03/2018 at 1:42 am
    Permalink

    Ohh.. petua ni dh berzaman dh .
    Tp, klau nk lg cpt b’kesan , gaul kan garam tu dgn secubit belacan . Lg marvelez aroma nya berbangkit

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *