Tips Memilih Pencuci Muka Yang Bersesuaian Dengan Kulit

Nak beli pencuci muka ni bukannya mudah tau. Ingat boleh pergi main ambil je ke. Salah okay. Selalunya orang lelaki jarang nak ambil peduli tentang hal-hal penjagaan muka ni. Cuci muka dengan sabun mandi pun dorang tak kisah.

Tahu kan, muka yang tak dijaga dengan baik senang sangat jerawat nak tumpang berteduh, lepas jerawat jadilah whitehead, blackhead, jeragat dan sebagainya tu bermaharajalela atas muka korang.

Masa tu baru la sibuk nak pakai macam-macam produk. Kalau sekali cuba terus baik bagus la, tapi kalau bertambah hodoh macam mana?

Selain daripada tengok jenama yang berlambak tersusun tu, korang kena tahu jugak muka korang tu jenis yang macam mana. Betul ke produk yang korang pakai sekarang ni sesuai dengan kulit?

Banyak betul persoalannya kan. Takpe jangan bimbang, disini kami akan kongsikan dengan korang semua tips macam mana nak pilih pencuci muka dengan betul.

1. Tahu Jenis Kulit Muka Terlebih Dahulu

Dalam dunia ni ada 5 jenis kulit muka iaitu kulit normal, berminyak, kering, sensitif dan juga kombinasi.

KULIT NORMAL

Untuk kulit jenis normal ni bermaksud semuanya seimbang. Kadar kelembapan, minyak dan ketahanan semua sama. Kulit jenis ini sangat senang untuk mencari pencuci muka yang sesuai.

KULIT BERMINYAK

Ini pula sejenis berminyak seluruh muka walaupun baru lepas beberapa jam je cuci muka. Jika kulit korang jenis ini, cari pencuci muka yang mempunyai nilai pH rendah atau tinggi kandungan asid. Ini akan membantu mengurangkan minyak dimuka.

KULIT KERING

Kebiasaanya sesiapa yang mempunyai kulit muka kering ni agak susah untuk kelihatan liang romanya selepas mencuci muka. Jika kulit muka kering, jangan guna produk yang mengandungi alkohol. Kulit akan bertambah kering.

KULIT SENSITIF

Kalau korang mempunyai alahan, kulit selalu rasa tegang dan gatal-gatal pula elakkan produk yang mengandungi pewangi, minyak atau bahan kimia lain. Ini akan membuatkan kulit korang bertambah parah.

KULIT KOMBINASI

Ini adalah gabungan antara kering dan berminyak. Selalunya kawasan yang akan berminyak hanyalah pada bahagian ‘Zon T’ sahaja manakala di bahagian lain pula kering ataupun sensitif. Untuk kulit jenis ini sebaiknya elakkan guna sabun mandi buku. Cari pencuci muka yang lembut kemudian cuci dengan air suam.

2. Guna Pencuci Muka Yang Berbuih, Lembut & Halus

Dalam bahasa mudahnya jangan guna pencuci muka yang ada biji-biji kecil tu. Ia akan melukakan kulit muka korang je. Cari pencuci muka yang banyak buih sebab ia lagi mudah untuk mencuci sehingga ke dalam liang roma.

3. Gunakan Air Suam

Jangan gunakan air yang terlampau panas nanti kulit muka akan jadi terlalu kering pula. Sekadar suam-suam kuku sahaja.

4. Guna Pencuci Muka Yang Sama pH Dengan Muka

Jangan sesekali guna pencuci muka yang beralkali kerana nilai pH kulit muka manusia adalah 5.5 iaitu berasid. Pencuci muka yang beralkali hanya akan merosakkan kulit.

5. Elakkan Pencuci Muka Yang Mempunyai Pewangi & Pengawet

Sebaiknya semak dahulu label dibelakang produk sebelum membelinya. Bahan-bahan ini hanya akan membuatkan kulit anda bertambah parah.

Elakkan membeli pencuci muka yang mengandungi bahan-bahan seperti ini;

  • Paraben
  • Imidazolidinyl urea
  • Queternium-15
  • DMDM Hydantoin
  • Phenoxyethanol Methylchloroisonthiazolinone
  • Formaldehyde

Jadi dah tau kan kenapa masalah jerawat di muka tu tak baik-baik. Manusia mana yang tak buat silap kan. Semoga bermanfaat untuk korang semua. –utaranews.com

One thought on “Tips Memilih Pencuci Muka Yang Bersesuaian Dengan Kulit

  • 21/03/2018 at 1:26 am
    Permalink

    Klau kulit muka korg mmg jnis gerutu smp ke sudah , pegi je la wat lazer treatment . ASAP

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *