Tokong Guan Eng biadap, ajar kanak-kanak sekolah menyanyi lagu kutuk GST

PULAU PINANG – Tindakan Ketua Menteri DAP, Lim Guan Eng yang mengajak kanak-kanak serta ibubapa menyanyikan lagu mengkritik GST pada Program Pelancaran Pusat Tuisyen Rakyat, dikecam hebat oleh penduduk tempatan dan juga netizen.

Majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Pangsapuri Mutiara Idaman 2, Jelutong, hari ini telah disifatkan sebagai dicemari politik murahan pemimpin DAP apabila Guan Eng tanpa segan silu memilih untuk ‘berkempen’ mengenai cukai GST kepada pelajar dan ibubapa yang hadir.

Seorang penduduk yang ditemui, JL Lin, 35, menyifatkan perbuatan mempolitikkan pendidikan bagi generasi muda adalah sangat tidak patut. Beliau turut mengecam tindakan Guan Eng yang dianggap sebagai cuba meracuni pemikiran kanak-kanak.

Hanno Lee, 39, pula membayangkan pemimpin politik yang bermain politik di sekolah adalah sebagai seorang ahli politik yang tidak berotak.

“Tidakkah beliau (Guan Eng) sedar betapa malunya tindakan beliau yang cuba mempolitikkan pemikiran anak-anak kecil? Perangai ahli poltik sebegini langsung tidak boleh diterima kerana ia sangat buruk” jelas beliau.

Selain itu, bukan sahaja penduduk setempat yang kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab Ketua Menteri DAP berkenaan, malah netizen juga memberikan komen-komen negatif didalam laman sosial facebook Ketua Menteri terbabit.

Hasil tinjauan dibeberapa laman sosial facebook berbahasa cina juga menunjukkan netizen langsung tidak bersetuju dengan perbuatan Guan Eng yang menari sambil menyanyi lagu berkenaan dihadapan murid-murid sekolah rendah.

Seorang netizen yang menggunakan nama YB Simon mendakwa perbuatan Guan Eng itu telah memalukan semua orang cina di Malaysia.

“Inikah wakil rakyat? Mengajar anak-anak macam nini habislah.. Lim Guan Eng boleh balik Melaka la. Jangan buat malukan kita semua orang cina Malaysia..” tegas beliau.

Manakala netizen yang bernama Sin Soon Lee pula beranggapan perbuatan Ketua Menteri P.Pinang yang kini didakwa dalam skandal rasuah itu sebagai sangat keterlaluan.

“Lim Guan Eng, perbuatan anda ini sangat keterlaluan untuk anda lakukan sebagai seorang Ketua Menteri. Demi memenuhi kepentingan politik peribadi, anda telah mempergunakan anak-anak kecil yang masih berada di peringkat sekolah. Guru besar sekolah ini juga perlu disalahkan kerana membenarkan ianya berlaku..” kata Sin.

Sagi Ng dan David Tan pula turut berkongsi pandangan yang sama terhadap kebiadapan Setiausaha Agung DAP tersebut yang disifatkan sebagai ‘gila kuasa’.

“Adakah Guan Eng sudah semakin ‘gila kuasa’ hinggakan sanggup menyebarkan kebencian politik didalam sekolah? Jika anda mahu kanak-kanak berpolitik, ajar anak anda sendiri sahaja dan jangan membabitkan anak orang lain..” ujar mereka berdua didalam komen terbabit.

Program Tuisyen percuma seperti ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan diseluruh negara khususnya kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki perperiksaan penting.

Selain itu, pendidikan percuma kepada kanak-kanak pra sekolah juga diberikan selain dari bantuan makanan tambahan percuma melalui program RMT kepada murid-murid yang dikenalpasti sebagai kurang berkemampuan.

Kerajaan DAP P.Pinang pula hanya memperkenalkan tuisyen percuma pada tahun lepas dan hanya diberikan dikawasan-kawasan terpilih. – UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *