Trend Majlis Aqiqah bukan ajaran dalam Islam

Masyarakat Malaysia kini memang tidak dapat lari dari mengikut trend terkini yang dilakukan oleh ramai orang. Apa sahaja yang mula popular akan menjadi ikutan oleh orang ramai.

Sebelum ini, ketika majlis perkahwinan dan bertunang sahaja akan dihiasi dengan pelamin. Namun, majlis aqiqah pula sudah mula dihiasi dengan pelamin dan dideko dengan bunga-bunga dan buaian cantik.

Masih ramai lagi tidak menyedari bahawa hukum majlis aqiqah tidak wajib. Tetapi, ramai pasangan suami isteri yang akan berasa malu bila anak sudah besar tapi tidak membuat majlis aqiqah.

Hukum aqiqah ini adalah sunat muaakad iaitu sunat yang digalakkan tetapi jika tidak dibuat tidak mendapat dosa jika dibuat dapat pahala.

Pengguna laman sosial dikenali sebagai Taufiq Salleh berkongsi tentang trend yang mula menjadi ikutan orang ramai ini. Katanya, trend yang diikuti oleh orang ramai itu bukanlah ajaran Islam dan budaya yang bercanggah dengan amalan yang diajar Nabi.

“Hmm… Semua tu bukanlah ajaran Islam dan ini adalah budaya yang bercanggah dengan amalan yang Nabi ajarkan. Untuk apa buat majlis habis duit, penat-penat tapi pahala tidak diraih?? Silap hari bulan kalau tak buat majlis macam ni boleh dianggap tak sempurna pula.

“Suami, mainkanlah peranan anda sebagai ketua keluarga. Bila lahir anak, tahniqkan sendiri.. Usah kejar ustaz2 nak tahniqkan anak, keberkatan ibu ayah itu sendiri lebih utama.

“Di hari ketujuh cukurlah rambut anak, timbang rambut tu kemudian kita sedekah ikut harga semasa emas atau perak. Sedikit tips, lepas cukur lumurkan kepala anak dengan air za’faran agar rambut anak tumbuh sekata, ia juga sunnah.

“Tak perlu tunggu nak usung anak keliling orang kemudian orang potong rambut bayi selai dua helai buh dalam air. Amalan pelik apa tu?,” tulisnya.

Selain itu, katanya jika mahu membuat majlis aqiqah tidak perlu sehingga membazir duit membuat pelamin cukup sekadar menjemput orang ramai makan. Melakukan perbuatan mengikut sunnah itu akan memperoleh keberkatan dalam hidup anak seperti air hujan mencurah-curah.

Taufiq turut menasihati orang ramai supaya tidak malu jika melakukan majlis aqiqah tetapi tidak mengikut trend masa kini sebaliknya berbangga kerana mengikut ajaran sunnah Nabi. –utaranews

One thought on “Trend Majlis Aqiqah bukan ajaran dalam Islam

  • 30/03/2018 at 5:21 pm
    Permalink

    Mmg la bgus wt knduri aqiqah tu .
    Tp, berpada-pada jgn smp melanggar syarak

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *