Trending Di YouTube, Video Ismail Izzani Memang #LuarBiasa

Nama anak kepada penyanyi yang terkenal sekitar tahun 1980 iaitu Datin Suliza Salam, Ismail Izzani ternyata sudah menjadi semakin terkenal apabila single terbarunya yang bertajuk ‘Luar Biasa’ memberikan fenomena yang luar biasa dalam industri seni tanah air.

Mana tidaknya, hanya dalam masa lima hari sahaja muzik video lagu itu telah berjaya mendapat lebih daripada 1 juta tontonan serta menjadi trending nombor dua di YouTube Malaysia mengikuti trailer rasmi filem Marvel, ‘Avengers: Infinity War’.

Malah, fenomena ‘luar biasa’ itu juga turut menyebabkan single yang mengandingkan Ismail dengan bekas ahli kumpulan Sleeq, Alif itu mendapat sambutan yang sangat positif dikalangan netizen sehinggakan ada yang mengatakan muzik video lagu itu setanding dengan Kpop.

Itu kerana, lagu serta muzik video lagu ‘Luar Biasa’ itu seperti telah membuka satu lembaran baru dalam indusri muzik tanah air tambahan pula, ia turut berjaya membuka mata netizen supaya kembali menyokong lagu-lagu Malaysia semula.

Oleh itu juga, netizen berharap agar Ismail dapat bergerak seiring dengan penyanyi-penyanyi berbakat di luar sana. Namun, ada juga segelintir netizen yang tidak bersetuju apabila ada sesetengah pihak yang menyamakan ia seperti Kpop.

Tapi, Kpop atau tidak yang pastinya lagu ‘Luar Biasa’ itu memang betul-betul memberikan fenomena luar biasa pada netizen kerana lihat tanpa gimik pemasaran pun lagu itu masih boleh menjadi trending di Youtube, mendapat berjuta-juta tontonan serta viral di media sosial.

Hebat bukan? Tahniah kepada Ismail Izzani, sebelum itu kita layan dahulu lagu ‘Luar Biasa’ itu.

-utaranews.com

One thought on “Trending Di YouTube, Video Ismail Izzani Memang #LuarBiasa

  • 19/03/2018 at 4:16 pm
    Permalink

    Muka dia ni mcm muka budak tahfiz yg kena serangan seksual kat daerah kuantan tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *