Untungnyaaa Jadi Datin Paduka Eina Azman

Bertapa beruntungnya menjadi individu bernama Datin Paduka Eina Azman, mana tidaknya seperti yang kita boleh sering lihat di media sosial kehidupan yang dijalani oleh Eina sememangnya mewah.

Dimana, Eina bukan sahaja sering bercuti di luar negara tetapi juga mengunakan barangan berjenama yang sudah pastinya mempunyai harga yang sangat mahal.

Jika sebelum ini, sempena hari lahir anak kembarnya, Eina telah memberikan hadiah jam tangan Rolex yang bernilai hampir RM20,000 setiap satu, kali ini, tiba giliran Eina pula untuk menerima hadiah mewah sempena hari lahirnya yang ke-23 baru-baru ini.

Yang mana, selain mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk isterinya itu, Datuk Paduka Kaiser Gurmet juga turut telah menghadiahkan Eina sebuah kereta Mercedes. Malah, menerusi akaun Instagram-nya Eina dilihat turut berposing di hadapan hadiah pemberian suaminya itu.

Serta menulis kapsyen melahirkan rasa syukurnya kepada suami kerana telah mengadakan majlis sambutan hari jadi kepadanya, serta kerana telah menjadi suami dan juga ayah yang baik kepada anak kembar mereka.

Yang pastinya, perkongsian itu turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari pengikutnya yang juga turut berasa Eina beruntung kerana mendapat suami yang begitu menyanyanginya.  Apapun, selamat hari jadi dan tahniah Datin Paduka Eina Azman. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *