Wajib Kuruskan Badan Jika Anda Ada Tanda-Tanda Ini

Kalau cerita bab gemuk ni semestinya lah bila baju-baju lama dah mula tak muat untuk dipakai kan. Tapi itu tak semestinya tanda yang korang dah gemuk.

Nak tau tak tanda amaran lain yang menyatakan bahawa badan korang dah wajib start berdiet? Jom baca ni.

1. Berdengkur

Perasan tak yang korang tidur sekarang ni berbunyi. Kalau perlahan takpe jugak ini sama kuat je dengan lelaki punya dengkuran. Haa ini petanda bahawa lemak yang terkumpul dibawah dagu tu dah semakin banyak sampai membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit.

2. Sakit Lutut, Belakang & Pinggul

Selalunya orang tua je yang ada penyakit lutut dan belakang ni. Kalau korang yang muda-muda dah ada rasa sakit macam ni faham-faham je lah yang badan tu dah semakin gemuk. Ini disebabkan berat yang berlebihan itu telah memberi tekanan kepada sendi dan sekaligus membuatkan tisu-tisu disekeliling sendi menjadi haus dan menyebabkan bahagian lutut, belakang dan pinggul sakit.

3. Tekanan Darah Tinggi / Kolestrol Tinggi Tiba-Tiba

Tahukah korang, lemak berlebihan di bahagian perut boleh menyebabkan penyakit jantung, diabetes, kolestrol dan juga darah tinggi. Berhati-hati dan segeralah berdiet atau bersenam jika ukuran pinggang tu sudah melebihi 35 inci.

4. Cepat Letih

Lemak yang berlebihan dalam badan boleh buat badan korang merasa cepat letih dan lesu. Jika sekarang ni korang rasa nak bawak kaki berjalan di pusat membeli belah pun dah tak larat tu faham-faham sendiri lah ye sebabnya.

5. Makan Banyak Tapi Masih Lapar

Kalau dah makan makanan yang tak berkhasiat macam fast food tu memang lah akan cepat berasa lapar. Bukan itu sahaja, makanan yang mengandungi gula yang tinggi juga boleh menyebabkan korang rasa cepat kenyang dan cepat juga rasa lapar. Selain itu, ia juga akan menyebabkan korang cepat terkena penyakit diabetes.

Langkah yang paling mudah tetapi agak ‘berat’ untuk mencegah berlakunya tanda-tanda diatas ini adalah dengan melakukan senaman dan juga menjaga pemakanan. Bukan sahaja boleh kurus, kesihatan badan korang juga akan terjamin. –utaranews.com

One thought on “Wajib Kuruskan Badan Jika Anda Ada Tanda-Tanda Ini

  • 19/03/2018 at 8:22 pm
    Permalink

    Tp tu la . Bila kita nasihat kat dorg , dorg marah . X tau dah nk gtau cmne lg . Mybe, dorg nk tggu terlentang nazak , baru nk pikir kurus .
    Hmm..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *