Yulia Mochamad Elak Komen Dakwaan Jadi Isteri Ketiga Opick

Sejak beberapa minggu ini, nama Eny Yuliastini Mochamad atau lebih dikenali sebagai Yulia Muchamad yang dikatakan telah berkahwin dan menjadi isteri ketiga kepada penyanyi lagu ketuhanan iaitu Opick telah menjadi satu topik hangat di Indonesia.

Mungkin sudah tidak tahan dihimpit kontroversi dan dikaitkan dengan pelbagai cerita, tuan empunya badan akhirnya tampil enggan menafikan atau mengesahkan berita itu dan sebaliknya mengatakan yang dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung isu itu.

Oleh sebab tidak tahu jodoh serta masa depannya dengan Opick seperti mana, Yulia memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan khabar angin mengenai berita perkahwinannya dengan Opick itu.

Malah, meskipun isu itu sudah lama hangat diperkatakan, Yulia bersama peguamnya masih akan mengadakan sidang media untuk menjelaskan kedudukan sebenar tetapi dia tidak akan membantah atau mengiyakan apa-apa kerana telah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.

Kak Lala tak tahu hendak cakap apa mengenai isu ini, tapi ada betul juga apa yang dikatakan oleh Yulia itu, jodoh itu tiada siapa tahu, karang hari ini nafikan lepas itu esok berjodoh dan kahwin, nanti timbul lain pula cerita.

Jadi, kita serahkan sahaja perkara itu kepada Allah SWT, mungkin sekarang ini mereka hanya berkawan rapat tapi esok lusa siapa tahu berkahwin. Lagipula, jika cukup syaratnya, tidak salah pun untuk Opick mengamalkan poligami. –kaklala/utaranews.com

2 thoughts on “Yulia Mochamad Elak Komen Dakwaan Jadi Isteri Ketiga Opick

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *