Zarul Mahu Jadi ‘Sado’ Demi Watak Dan Karakter

Trend lelaki bina badan atau menjadi ‘sado’ pernah menjadi hit sekitar tahun lepas, meskipun sudah agak perlahan trend itu tetapi masih terdapat segelintir lelaki yang masih mengamalkannya.

Itu kerana bukan sahaja ia membuatkan seorang lelaki itu kelihatan kemas tetapi kebanyakan wanita juga turut mengemari lelaki ‘sado’ sebab mereka akan sentiasa akan kelihatan kemas dan menarik.

Malah, atas sebab itu juga, ramai artis lelaki sekarang turut menitik beratkan perihal badan mereka, seperti yang dilakukan oleh vokalis kumpulan Umbrella iaitu Zarul Hussin.

Meskipun sudah mencecah usia 45 tahun tetapi Zarul memutuskan untuk menjaga penampilan dirinya, supaya dia akan sentiasa kelihatan kemas ketika muncul di dalam televisyen.

Selain ingin kelihatan kemas, Zarul juga turut sedar dengan usia seperti itu, pasti pemberian watak kepadanya akan terbatas tetapi oleh sebab tidak mahu itu terjadi padanya, Zarul pastikan bentuk badannya menarik supaya dia akan dapat memegang pelbagai watak, termasuklah beruniform.

Wah, lelaki badan ‘sado’ bila pakai uniform memang akan nampak berkali ganda lebih kacaknya, tapi pada kak Lala Zarul tiadalah nampak seperti sudah berusia 40-an, rasanya masih tiada masalah untuk mendapat tawaran membawakan pelbagai watak.

Sebt pasal pelakon yang sudah memasuki siri 40-an ini, Kak Lala paling kagum dengan Datuk Rosyam Nor, walaupun telah berusia tetapi masih lagi mendapat tawaran membawa watak utama atau watak-watak yang memerlukan dia melakukan aksi lasak. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *