3 Artis Cantik Dan Seksi Indonesia Ini Sebenarnya Dilahirkan Sebagai Lelaki

Dengan kemajuan teknologi yang ada pada zaman sekarang ini, segala perkara yang mustahil suatu ketika dahulu sudah menjadi tidak mustahil di masa kini dan antara teknologi itu adalah pertukaran jantina.

Malah, teknologi itu jugalah telah menjadi punca ramainya orang ingin melakukan pertukaran jantina sehinggakan golongan artis juga turut tidak ketinggalan. Seperti tiga orang artis Indonesia ini, kalau ikutkan kak Lala dari mata kasar memang jelas nampak seperti perempuan.

Tetapi menurut laporan ketiga-tiga artis itu sebenarnya lahir sebagai seorang lelaki dan kemudian bertukar menjadi perempuan yang bukan sahaja cantik tapi seksi. Pakej lengkap kalah wanita tulin tau~ Eh, rasanya dekat Malaysia macam ada juga je, kulit ‘flawles’, pinggang ramping, jual produk kecantikan.

Eh, siapa yee? Macam ada ternampak-nampak pula, tidak mengapa lupakan perkara itu seketika mari kita lihat tiga artis dari Indonesia yang telah melakukan pembedahan pertukaran jantina mengikut laporan ‘Wow Menariknya’:-

  1. Lucinta Luna

Tidak semua orang yang melakukan pembedahan tukar jantina dan begitu juga buat Lucinta Luna, meskipun dihimpit kontroversi dituduh melakukan pertukaran jantina tetapi Lucinta tetap tidak mengaku sebaliknya menegaskan yang dia bukan seorang ‘transgender’.

Malah, demi membuktikan dia adalah wanita, Lucinta mengaku yang dia pernah bercinta dengan Mike Lewis tetapi satu per satu bukti didedahkan dan ia jelas menunjukkan Lucinta sebenarnya adalah seorang lelaki yang telah berubah menjadi wanita.

  1. Julia Robex

Jangan salah anggap dia bukanlah Julia Robert tetapi nama sebenarnya adalah Baby Wijaya Nasroen, dan Julia dikatakan ‘transgender’ yang paling cantik. Malah, sebelum bertukar menjadi perempuan, Julia sudah mempunyai ciri-ciri keperempuanan dalam dirinya.

Jangan main-main, pertukaran jantina Julia itu telah mendapat restu daripada keluarganya dan kini Julia aktif dalam dunia lakonan dan telah membintangi filem ‘Mati Dipelukan Janda’. Hmm tajuk filem pun~

  1. Renaldy Rachman

Suatu ketika dahulu, Renaldy Rachman dikenali sebagai penyanyi yang comel tetapi kini dia telah bertukar menjadi wanita yang cantik dan seksi bernama Dena Rachman.

Oleh sebab sejak dari sekolah lagi sudah mempunyai sifat seperti perempuan, Dena nekad ingin meneruskan niatnya menukar jantina meskipun tidak mendapat persetujuan daripada keluarganya.

Kalau tengok dari gambar, memang tidak percaya yang ketiga-tiga mereka itu adalah ‘transgender’, muka masing-masing bukan main cantik kalah wanita tulen. Agaknya apalah rahsia kecantikan mereka, tertanya-tanya pula kak Lala. Bukan apa teringin juga nak jadi cantik seperti itu, dah macam anak patung jadinya. -kaklala/utaranews.com

One thought on “3 Artis Cantik Dan Seksi Indonesia Ini Sebenarnya Dilahirkan Sebagai Lelaki

  • 03/04/2018 at 4:24 pm
    Permalink

    Tiga2x mcm pelacur xde class.
    Muka siput babi lg cantik jelita la drpd mereka tu.
    Hfff

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *