30 peratus mangsa kes keganasan rumahtangga adalah lelaki

Isu keganasan dalam sesebuah rumah tangga sering mendapat perhatian masyarakat. Setiap kali timbul isu ini sahaja pastinya orang ramai memberi fokus kepada mangsa kaum wanita iaitu isteri.

Jarang sekali masyarakat mendengar tentang kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa lelaki atau suami. Sebenarnya terdapat dikalangan lelaki turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berharap golongan lelaki atau suami yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk membuat laporan polis untuk menuntut pembelaan dan bantuan.

Katanya, dari rekod keganasan rumah tangga sebanyak 4,026 terdapat 30 peratus aduan melibatkan mangsa lelaki dan kebanyakkan melibatkan mangsa lelaki berusia 60 tahn ke atas.

“Mereka yang membuat aduan ini pada mulanya malu kerana stigmanya adalah lelaki tidak pernah menjadi mangsa dalam kekerasan rumah tangga tetapi ini tidak betul… mereka juga boleh ditindas dan menerima gangguan seksual,” katanya.

Rohani menjelaskan kebanyakkan laporan dibuat melalui Talian Nur 1599 dan di laman sosial Facebook kementerian dan Facebook peribadinya.

“Bila kita nasihatkan mereka untuk membuat laporan polis, mereka takut, mereka malu dan ada yang takut kehilangan kerja tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk kita di kementerian dapat membantu mereka.

“Hasil siasatan kita mendapati antara faktor yang menyumbang kepada keganasan ini adalah faktor kewangan dan tekanan hidup. Jadi untuk menyelesaikan kes sebegini, ia perlu melalui proses kaunseling yang sangat halus agar mangsa-mangsa ini dapat dipulihkan,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *