Aiman Tino Layak Ditabalkan Sebagai Raja Youtube Malaysia

Jika di Korea Selatan, penyanyi ‘Gangnam Style’ iaitu Psy telah digelarkan sebagai Raja YouTube kerana lagu itu pernah mendapat tontonan paling banyak di YouTube, di Malaysia kita turut mempunyai raja YouTube dan ia adalah penyanyi, Aiman Tino.

Siapa sangka meskipun boleh dikatakan masih baru dalam industri tetapi magik Aiman Tino mengena kerana dua lagu miliknya telah berjaya tercalon dalam carta 10 video yang mendapat tontonan terbanyak di YouTube.

Lagu debutnya, ‘Ku Rela Dibenci’ itu bukan sahaja telah mendapat tontonan terbanyak sehingga mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records tetapi lagu itu juga turut mendominasi kedudukan pertama carta itu dengan jumlah tontonan sebanyak 44 juta.

Manakala tempat kedua carta itu juga masih menjadi milik Aiman apabila lagu keduanya yang bertajuk ‘Permata Cinta’ mendapat tontonan sebanyak 32 juta di YouTube. Jadi, bukankah itu bermakna Aiman layak untuk digelarkan sebagai Raja YouTube di Malaysia?

Kedua-dua kedudukan carta itu telah selesa diduduki Aiman dan agak jauh untuk dipotong oleh lagu-lagu lain yang turut tersenarai dalam carta itu kerana jurang nombor tontonan yang agak besar. Ternyata ramai betul peminat Aiman Tino di Malaysia ini.

Dengan dua pencapaian terhebat itu, kak Lala jadi tidak sabar pula ingin lihat adakah single Aiman yang seterusnya dapat mengikuti rekod dua single yang sebelum ini. Kalau magis itu masih menjadi memang terbukti Aiman adalah Raja YouTube dekat Malaysia.

Sementara itu, mari kita lihat senarai 10 lagu yang berjaya tersenarai dalam carta lagu mendapat tontonan terbanyak di YouTube ;

  1. Aiman Tino – Ku Rela Dibenci (44 juta)
  2. Aiman Tino – Permata Cinta (32 juta)
  3. Wany Hasrita – Menahan Rindu (29 juta)
  4. Khai Bahar – Bayang (28 juta)
  5. Khai Bahar – Luluh (28 juta)
  6. Floor 88 – Zalikha (27 juta)
  7. Tajul – Sedalam-dalam Rindu (26 juta)
  8. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi (25 juta)
  9. Sufian Suhaimi –Terakhir (23 juta)
  10. Nabila Razali – Pematah Hati (20 juta)

–kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *