Air Asia Jawab Rungutan Dato AC Mizal Dan Pertahankan Pekerja

Semalam kak Lala ada menulis mengenai luahan rasa kecewa pengacara terkenal iaitu Datuk AC Mizal kepada sebuah syarikat penerbangan tambang murah kerana bagasinya rosak atau kemek selepas mengunakan perkhidmatan syarikat itu.

Malah, dalam video luahan hatinya itu, AC turut mempersoalkan mengapa syarikat itu boleh memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik sebanyak sembilan kali berturut-turut sedangkan perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan adalah sangat mengecewakan.

Tidak dinafikan, kejadian seperti itu bukan hanya dilalui oleh AC sahaja kerana ruangan komen perkongsian AC itu turut dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen yang berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan situasi yang sama.

Hari ini, kak Lala dapat tahu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sendiri tampil menjawab isu itu di video live Facebook-nya mengatakan yang kejadian itu sebenarnya bukan salah pekerjanya tetapi sebaliknya adalah sistem beg di KLIA2 yang curam.

Namun begitu, Tony turut mengatakan yang dia akan menyiasat perkara itu dengan pekerja yang terbabit untuk melihat bagaimana dia boleh membantu dalam isu itu.  Akhirnya semuanya telah jelas kak Lala harap dengan penjelasan itu semua orang dapat faham yang insiden itu bukanlah salah syarikat penerbangan.

Kita doakan sahaja semoga isu sistem curam itu dapat diselesaikan atau tidak terpaksa lah kita bawa bagasi yang diperbuat daripada bahan tidak mudah rosak setiap kali ingin naik pesawat. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *