Aktor Matt Damon Tolak Tawaran Berlakon Dalam Spiderman-Homecoming 2

Jika anda pernah menonton filem ‘Thor: Ragnarok’ tahun lepas pasti anda akan terperasan akan watak cameo yang dilakukan oleh pelakon, Matt Damon sebagai Loki. Meskipun, kemunculannya singkat tetapi penampilan Damon itu telah mendapat pujian ramai orang.

Sehinggakan ramai yang berharap dia akan menjadi seperti rakan baiknya, Ben Affleck yang belakon di dalam beberapa filem ‘superhero’. Akan tetapi, nampaknya keinginan orang ramai itu tidak akan tercapai walaupun banyak tawaran menghujaninya.

Itu kerana, pelakon itu mungkin tidak akan melibatkan diri dalam filem ‘superhero’. Menurut laporan, Damon dikatakan telah menjadi pilihan Sony Pictures untuk membintangi filem sekuel Spider-Man: Homecoming sebagai musuh Spider-Man tetapi Damon telah menolak tawaran itu.

Walhal, Sony Picture begitu yakin yang kemunculan Damon dalam filem hit tahun lalu itu sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan lagi populariti filem yang bakal ditayangkan pada 5 Julai 2019 itu.

Namun, kebenaran berita penolakan Damon itu masih tiada sebarang pengesahan rasmi, jadi mungkin itu adalah petanda yang Damon benar-benar telah menolak tawaran berharga itu atau ia hanyalah sekadar satu gimik sahaja.  Sama-sama kita saksikan nanti. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *