Amar Bahrin Takut Virus Tersebar Kat Bayi..

Sebagai seorang bapa pasti sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan anaknya berada dalam keadaan baik dan juga sihat terutama sekali jika anak itu masih bayi yang memang mudah terkena pelbagai jangkitan.

Oleh sebab itu, ibu bapa itu sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menghalang orang luar dari memegang atau mencium bayi mereka kerana sedar akan bahaya dan penyakit yang boleh disebarkan daripada dua perbuatan itu.

Memang kelihatan seperti tiada apa tetapi sebelum terkena adalah lebih baik jika perkara itu dielakkan dari awal dan itu juga yang dibimbangkan oleh suami kepada pelakon, Amyra Rosli iaitu Amar Baharin bukan pada bayinya, Aqeef Anaqi sahaja tapi pada semua bayi.

Sebagai seorang yang benar-benar menitikberatkan perihal itu, Amar turut berkongsi satu keratan artikel yang menunjukkan bayi terkenal jangkitan daripada pelawatnya yang tidak sihat dengan meminta supaya pelawat tidak mementingkan diri sendiri.

Kak Lala pun kadang bila pergi melawat bayi pasti ingin sentuh atau cium bayi itu sebab siapa sahaja yang akan berasa tidak geram apabila melihat bayi tapi kena sedar juga kondisi diri sendiri. Kalau dah tahu diri itu tidak sihat janganlah pula gatal hendak mencium atau pegang bayi itu.

Itu adalah kerana perbuatan kita itu boleh mendatangkan bahaya kepada bayi sebab dah nama pun bayi jadi sudah tentu mereka sangat lemah dan mudah terkena jangkitan. Malah, atas sebab itu juga, Amar turut tidak membenarkan orang luar menyentuh Aqeef.

Tanpa mengendahkan jika orang ingin mengatakan dia sombong atau apa sekalipun asalkan Aqeef membesar dalam keadaan sihat. Mungkin orang luar kurang memahami situasi itu, jadi sebagai ibu bapa nampaknya perlulah mengikut cara Amar itu meskipun akan dicop sombong atau berlagak.

Dami memastikan anak itu membesar dengan sihat, sebab akhirnya jika berlaku sesuatu nanti yang akan menanggung semua itu adalah ibu bapa dan bayi itu juga dan bukannya orang luar yang menyebarkan virus itu. -kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *