Anak-anak warisi perangai teruk dari ibubapa

Pernah dengar orang bercakap bahawa perangai dan tindakan yang dilakukan anak-anak adalah mengikut perangai ibubapa mereka? Ibubapa adalah sebagai ‘role model’ anak-anak, jika anak berperangai baik atau sebaliknya pasti ia adalah kerana mengikut tindakan atau perangai yang dilihat di sekelilingnya iaitu ibubapanya.

Setiap tindakan teruk anak-anak sebenarnya mencerminkan perangai dan tindakan yang sering dilakukan oleh ibubapa. Sebagai ibubapa jangan pelik atau hairan jika anak menunjukkan perangai negatif sebaliknya berfikir semula adakah anda sebagai ibubapa sering menunjukkan sikap tidak baik apabila bersama anak-anak?

Selain melihat semula perangai sendiri, ibu bapa juga perlu mula mendidik dan membentuk perangai anak-anak sejak dari rumah lagi. Jangan harapkan anak-anak untuk berkelakuan baik di luar rumah jika di rumah pun anak-anak sudah tunjuk perangai teruk.

Jika ibubapa secara terus membiarkan anak-anak untuk berkelakuan nakal dan menggunakan perkataan kesat di rumah, pastinya mereka akan melakukan perkara yang sama jika berada di luar rumah.

Jangan sampai anak-anak sudah disemai dengan perangai buruk baru ibubapa nak perbetulkan kerana ketika itu memang agak sukar untuk mendidik meraka kerana sudah menjadi kebiasaan mereka.

Walaubagaimanapun, ibubapa jangan terlalu mengharapkan anak-anak anda untuk sepanjang masa berkelakuan baik atau perfect. Sudah menjadi lumrah untuk kanak-kanak suka bermain pastikan akan ada waktu yang mereka akan membuat perangai.

Malah, terdapat sebab lain juga anak-anak berperangai teruk. Antaranya adalah anak-anak yang sakit, selalunya apabila mereka sakit sehingga menyebabkan letih, mereka akan lebih sensitif. Mereka bukan sengaja untuk nakal atau buat perangai tetapi ingin memberitahu ibubapa yang mereka tidak selesa.

Apapun, jika anak-anak sering berperangai teruk terutamanya di luar, anda perlu semak semula perangai anda. Tanya pada diri adakah anda juga mempunyai perangai yang sama ditunjukkan oleh anak-anak anda. Cubalah untuk mengubah perangai buruk itu demi kebaikkan anak-anak anda.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *