Anak arwah Fadzil Noor langsung tak beri ancaman pada PAS di Permatang Pauh

Pencalonan anak arwah presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Muhammad Faiz langsung tidak memberi ancaman kepada PAS di Permatang Pauh, kata Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang diumumkan sebagai calon Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pencalonan Muhammad Faiz Fadzil yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

“Faktor anak kepada sesiapa itu tidak memberi sebarang masalah kepada perjuangan saya bersama PAS untuk menawan kembali Permatang Pauh… ,” kata beliau yang merupakan anak bekas imam Masjid Negara.

Dengan pengumuman pencalonan Muhammad Faiz itu, DUN Permatang Pasir setakat ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru selepas PAS sebelum ini telah mengesahkan akan mempertahankan satu-satunya kerusi dimenangi parti Islam itu di Pulau Pinang.

Pada PRU-13 yang lalu, Datuk Salleh Man yang mewakili PAS memenangani di Kerusi DUN Permatang Pasir dengan 6,829 undi.

Permatang Pasir merupakan antara tiga kerusi negeri bawah parlimen Permatang Pauh. Manakala, dua lagi kerusi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas lanjut, Afnan Hamimi berkata, beliau yakin pengundi memilih calon yang menetap di kawasan tersebut supaya boleh berkhidmat kepada mereka.

Baru-baru ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencalonan Afnan Hamimi, di Parlimen Permatang Pauh, sekali gus menjadikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru di kawasan tersebut.

PAS bertanding di Permatang Pauh sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada PRU 1999, selain Anwar mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kawasan itu, sejak 1982. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *