Anggota EXO, Kai Nyaris Maut Gara-Gara Lif

Siapa sangka salah seorang anggota kumpulan EXO iaitu Kai nyaris maut selepas melalui detik cemas disebabkan oleh lif yang sedang dinaikinya rosak secara tiba-tiba dan terhempas.

Menurut Kai, sewaktu kejadian itu berlaku dia berada di dalam lif bersendirian dan terdengar bunyi seperti tikus di bahagian atas lif.

Kemudian, secara tiba-tiba lif yang dinaikinya itu mula terhempas dari tingkat lima ke bawah dan itu membuatkan Kai merasakan yang dia pasti akan mati jika lif itu terhempas.

Namun, nasibnya sangat baik kerana lif itu tiba-tiba berhenti di tingkat satu dan dia mengambil kesempatan itu untuk membuka pintu lif itu dan segera keluar daripada situ.

Akan tetapi, disebabkan kejadian itu, Kai kini berada di dalam keadaan trauma dan akan lebih berhati-hati sekiranya hendak mengunakan lif. -kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *