Anina anggap Mahathir sebagai ‘Pengkhianat Bangsa Melayu’ #SinsOfMahathir #DosaDosaMahathir

Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata, orang Melayu di luar bandar mungkin tidak tahu berapa kekayaan sebenar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya serta kroni-kroninya.

Kata beliau yang juga Presiden Empirical Malaysia (EM), mereka ini telah menganiaya terlalu ramai orang disebalik wajah mereka yang pura-pura baik.

“Saya rakyat Malaysia yang paling sayangkan Mahathir suatu masa dulu. Dalilnya, saya lah satu-satunya rakyat Malaysia yang bangun membela Mahathir dengan menentang (Datuk Seri) Najib Tun Razak.

“Saya tidak dibayar atau dipaksa. saya rela hati lakukannya. Saya korbankan pekerjaan, harta, anak-anak untuk Mahathir. Anda tidak tahu apa yang saya tanggung kerana anda hanya memandang di kaca tv.

“Ketika semua orang tidur, saya uruskan barangan untuk saya jual bagi membayar hutang rumah dan segala perbelanjaan anak-anak saya. Itu pengorbanan saya untuk Mahathir.

“Namun hari ini Mahathir memberitahu anda, saya mendapat dua buah rumah dan terima vellfire serta driver dari Najib Razak. Malah, Mahathir beritahu anda saya terima wang berjuta untuk NGO saya,” katanya menerusi catatan di media sosial Facebooknya.

Bagaimanapun, beliau berkata boleh lihat bagaimana Mahathir dan anaknya (Mukhriz Mahathir) akan tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Bekas Ketua Srikandi PPBM itu juga berkata Mahathir dan anaknya berada dalam perigi buta pembangkang dan mereka tiada jalan keluar selain terus menfitnah.

Anina juga menegaskan beliau tidak akan berhenti menentang bekas perdana menteri keempat itu kerana beliau menganggap ini merupakan satu ibadah.

“Anda fikir apa yang saya lakukan untuk menentang Mahathir kerana wang? Anda tidak tahu apa yang saya tahu tentang niat sebenar Mahathir Mohammad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir!

“Saya tidak akan berganjak walau seinci dari tempat saya berdiri hari ini untuk katakan bahawa ketiga-tiga manusia ini adalah sebenar-benarnya perompak, penyamun dan pencuri,” ujarnya.

Tambah Anina, orang Melayu akan musnah jika terima Mahathir semula dan orang Cina pula akan ditindas oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu.

“Jangan percayakan manusia yang melakukan pembohongan sehingga satu abad usianya. Mahathir masih Mahathir! dia pendendam yang bersembunyi di sebalik wajah tenangnya,”katanya.

Beliau juga mendakwa Mukhriz sememangnya mahu menjadi perdana menteri, selain menganggap mahathir sebagai pengkhianat bangsa melayu dan rakyat Malaysia.

“Lihat pada Mukhriz. dia bertanding segala jawatan dalam UMNO. apa yang mahu Mukriz nafikan? dia memang mahu menjadi perdana menteri dengan segera! cabar Mukhriz untuk bercakap di hadapan saya bahawa dia tiada niat untuk menjadi perdana menteri!

“Mereka hanya mahukan kuasa dan kekayaan. pergi periksa kekayaan mereka. jangan percayakan saya. selidiki sendiri.

“Mahathir izinkan Mukhriz berkomplot untuk menjatuhkan saya sebagaimana dia lakukan kepada Anwar Ibrahim. hari ini anaknya lakukan kepada saya.

“Bayangkan bagaimana Mahathir boleh menyembah Anwar dan isteri serta anak-anaknya. Anda fikir Anwar jujur memaafkan Mahathir? Anda fikir Mahathir ada hati perut? dia pelakon terhebat abad ini.

“PPBM telah hancur kerana perbuatannya! Itu balasan Allah kerana menghina dan mengaibkan saya,” tambah beliau. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *