Atikah Suhaimi Tak Mahu Berhijab Hanya Demi Fesyen

Siapa tonton konsert minggu ketiga Gema Gegar Vaganza (GGV2) Sabtu lalu pasti akan terperasan penampilan tunang kepada salah seorang peserta GGV2 iaitu Awi Rafael siapa lagi kalau bukan Atikah Suhaimi yang manis bertudung.

Pada awalnya kak Lala ingatkan itu adalah Fazura sekali pandang ada iras-iras tapi bila banyak kali kamera tunjuk baru kak Lala perasan yang itu adalah Atikah. Tapi, lepas itu terus kak Lala tertanya-tanya pula sejak bila Atikah pakai tudung.

Namun, rupanya pemakaian hijab Atikah pada malam itu hanyalah untuk menghormati majlis sahaja dan dia sebenarnya masih belum berhijab kerana ingin memastikan dirinya benar-benar bersedia dan ikhlas untuk berhijab sepenuhnya.

Haaa, itu kak Lala sokong, adalah lebih baik jika pakai hijab sepenuhnya apabila diri sudah benar-benar bersedia untuk ke arah itu sebab tak mahu bila sudah lama-lama nanti ingin buka semula kononnya waktu pakai itu hati masih belum bersedia atau sekadar ingin mengikut trend.

Biar lambat asalkan sesuatu perkara itu dilakukan dengan hati yang ikhlas apa-apa pun kak Lala doakan semoga suatu hari nanti, mungkin selepas berkahwin kelak pintu hati Atikah terbuka untuk memakai hijab sepenuhnya. Kita doakan sahaja. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *