Aziz M.Osman Kawal Anak Dengan ‘Banned’ Wifi Di Rumah

Pengunaan gajet ataupun telefon pintar bukan sahaja telah menjadi seperti satu keperluan kepada orang dewasa tetapi ia juga turut diberikan kepada kanak-kanak atas alasan apabila diberi gajet mereka tidak akan buat perangai.

Tapi hanya segelintir ibu bapa sahaja yang akan mengunakan cara itu kerana masih terdapat lagi ibu bapa yang enggan terlalu mendedahkan anak mereka pada teknologi yang boleh melalaikan itu.

Namun, itu tidak bererti mereka langsung tidak memberi anak mereka itu bermain gajet itu, mereka masih membenarkan tetapi meletakkan tempoh had masa penggunaan supaya anak mereka tidak terlalu menumpukan perhatian pada perkara itu sahaja.

Seperti yang dilakukan oleh pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman, meskipun memberikan kebebasan untuk anak bongsunya mengunakan gajet tetapi dia meletakkan had masa dan akan memberitahu anaknya itu apabila masanya sudah tamat.

Malah, oleh sebab itu juga, Aziz mengakui yang rumahnya tidak mengunakan wifi sebaliknya hanya ‘hotspot’ dan ‘prepaid’ supaya senang untuk mereka semua menetapkan had penggunaan Internet.

Bagi orang yang sentiasa mengunakan ‘wifi’ seperti kak Lala mendengar sahaja cara Aziz di rumahnya itu terus kak Lala rasa seperti tidak boleh hidup. Mungkin inilah akibatnya jika terlalu terdedah kepada Internet, sehari tiada Internet terus rasa bosan dan tak boleh hidup.

Pasti ramai lagi orang diluar sana yang rasa sama seperti kak Lala itu kann? Tapi, kak Lala dah berusia jadi boleh tolak tepi. Untuk generasi yang masih kecil ini perlu diasuh dari kecil lagi supaya tidak terlalu bergantung dengan Internet.

Oleh itu, ibu bapa mana yang tidak mahu itu berlaku bolehlah cuba gunakan teknik Aziz M. Osman ini mana tahu berguna untuk mereka di masa hadapan. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *