Bayi jadi mangsa jika ibu mengandung kerap stress dan bersedih

Sering kali orang tua-tua dahulu berpesan supaya ibu mengandung jangan selalu bersedih atau stress kerana ia dikatakan mampu memberi kesan kepada bayi yang berada dalam kandungan.

Sememangnya pesanan orang tua-tua dahulu itu ada betulnya. Bayi dalam kandungan bukan sahaja berkongsi makan atau minum apa yang diambil oleh ibu tetapi juga emosi ibu itu sendiri.

Emosi ibu yang mengandung memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi dalam kandungan. Apa sahaja emosi yang dialami ibu akan memberi kesan kepada bayi.

Menurut kajian Psychological Science, bayi dalam kandungan yang sudah berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibunya dan perkara ini akan memberi kesan jangka masa panjang sehingga bayi tersebut lahir.

6 kesan yang boleh berlaku kepada bayi sekiranya emosi ibu mengandung sering terganggu ketika mengandung.

Pertama, jika ibu mengandung mengalami stress sekali sekala ia tidak memberi kesan kepada bayi sebaliknya jika ibu kerap mengalami stress teruk akan memberi kesan buruk kepada emosi bayi kelak.

Kedua, jika ibu ketika mengandung kerap stress dan risau yang berlebihan kemungkinan bayi yang lahir akan mudah gelisah dan membuatkan bayi berusia bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam tanpa sebarang sebab dan sukar ditenangkan.

Ketiga, tubuh ibu mengandung yang stress akan menghasilkan hormon stress seteruskan hormon itu akan diterima janin juga semakin bertambah.

Keempat, kemurungan seawaktu mengandung dikatakan hampir sama selepas bersalin tetapi apa yang perlu dipantau kesannya kepada janin yang dikandung.

Kelima, bayi yang lahir daripada ibu ketika mengandung menglami stress atau tekanan mempunyai risiko 1.5 kali ganda besar untuk turut mengalami tekanan apabila mencecah usia 18 tahun.

keenam, sepanjang mengandung ibu menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap seseorang akan memberi kesan buruk kepaya bayinya terutamanya jika ibu tidak rapat dengan bayi menyebabkan anak mengalami gangguan emosi.

Pendek kata, ibu yang mengandung perlu sentiada berlapang dada, bersikap syukur, redha dan pasrah semasa mengandung serta jangan terlalu mengikutkan emosi stress dan sedih yang berlebihan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *