Bekas Isteri Terkilan Dengan Perangai Degil Opick

Nampaknya cerita panas mengenai perihal rumahtangga penyanyi lagu ketuhanan Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus masih berterusan, disaat netizen Indonesia masih berteka-teki mengenai status isteri ketiganya itu, isteri pertamanya Dian pula meluahkan rasa terkilannya.

Bukan kerana kes isteri ketiga Opick itu tetapi rasa terkilan dan kecewa terhadap perangai degil suaminya itu yang enggan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penceraian diantara mereka berdua.

Menurut laporan media Indonesia, Opick dikatakan telah menunda kes cerainya itu sebanyak empat kali dan berjanji untuk hadir ke mahkamah kali itu tetapi sebaiknya masih gagal untuk hadir dengan alasan dia sibuk dan berada di luar kawasan.

Menurut Dian perbuatan Opick itu seperti sengaja ingin menangguhkan kes penceraian mereka yang dituntut oleh Dian selepas mengetahui suaminya itu mengamalkan poligami tanpa pengetahuannya walaupun usia perkahwinan mereka telah mencecah lebih daripada 16 tahun.

Kak Lala rasa mungkin juga Opick sengaja lakukan seperti itu kerana tidak mahu bercerai atau masih perlukan ruang untuk berfikir dan bertenang kerana dia pun baru sahaja berhadapan dengan saat sukar apabila kehilangan isteri keduanya secara mengejut beberapa minggu lepas.

Walaupun telah berkahwin lain tapi pasti perasaan sayang Opick pada Dian masih ada, tambahan pula mereka sudah hidup bersama selama 16 tahun jadi pasti sukar untuk Opick melepaskan isterinya itu. Namun, apa sekali pun, harap kes itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *