Betul Ke Aiman Tino Kena Penyakit Misteri?

Sebagai seorang penyanyi suara dan tenaga adalah perkara yang amat penting dan berharga kerana tanpa kedua-dua itu sudah tentu seorang penyanyi itu tidak boleh membuat persembahan dengan baik untuk peminat-peminat mereka.

Namun, sejak kebelakangan ini, menurut beberapa laporan, penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu ‘Ku Rela Dibenci’ iaitu Aiman Tino kini sedang mengalami kesukaran untuk menyanyi dan mengawal suaranya.

 

Sehinggakan setiap kali ingin membuat persembahan suaranya pasti akan hilang. Malah, disebabkan badannya sering berasa sakit dan lemah, dia hanya boleh menyanyikan beberapa buah lagu sahaja apabila membuat persembahan.

Eh, kenapa pula jadi seperti itu, macam teruk sahaja keadaan Aiman. Menurut Aiman perkara itu sebenarnya telah lama terjadi kepadanya, tetapi dia enggan memberitahu orang ramai tetapi telah cuba mendapatkan rawatan dari doktor pakar beberapa kali.

Akibat tidak menunjukkan perubahan, Aiman akan bertukar meminta bantuan daripadsa Ustaz pula untuk mendapatkan rawatan tradisional untuk penyakitnya itu. Aduh, adakah diri Aiman telah ‘terkena’ buatan orang yang dengki dengan kejayaannya?

Iyalah, nama Aiman sekarang ini telah menjadi semakin meletop-letop sehinggakan telah berjaya memecahkan rekod apabila lagunya ‘Ku Rela Dibenci’ itu mendapat tontonan paling banyak di YouTube.

Perkara itu semua tidak mustahil, tapi kita fikir positif mungkin Aiman hanya tidak sihat sahaja. Apa-apa pun, kak Lala doakan semoga Aiman segera pulih dan boleh kembali membuat persembahan seperti sebelum ini. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *