Betul ke orang minyak masih wujud pada zaman moden ini?

Penduduk di sekitar Pengkalan Demit dekat Kubang Kerian, Kelantan telah diselebungi perasaan takut dikatakan terdapat kehadiran ‘orang minyak’ sehingga mencetuskan gangguan sejak sebulan lalu.

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dipercayai telah diganggu orang minyak ketika sedang menyidai pakaian di belakang rumah. Remaja terbabit didakwa telah dicekik di leher sebelum diikat dengan tali di bahagian kaki, tangan dan perut, selain ada kesan minyak hitam di leher dan kaki mangsa.

Tetapi, masih ramai masyarakat yang mempersoal adakah benar masih wujud orang minyak pada zaman moden ini? Atau ‘orang minyak’ itu hanya sekadar orang biasa tetapi hanya melumurkan diri dengan minyak kerana mahu menakut-nakutkan penduduk dengan menyangka itu adalah benar perbuatan orang minyak?

Mitos mengenai orang minyak ini adalah asalnya adalah manusia biasa tetapi mempunyai rupa yang agak hodoh. Walaupun rupa hodoh hatinya baik menyebabkan orang bunian mengubah rupa menjadi kacak tetapi terkena sumpahan kerana telah langgar pantang larang kerana membunuh orang.

Tetapi, kerana mahu kembalikan rupa asalnya yang kacak, dia telah membuat perjanjian dengan syaitan untuk kembali menjadi manusia mempunyai kuasa jahat dan perlu merogol 99 anak dara.

Orang minyak ini juga dikatakan mempunyai kuasa luar biasa sehingga menyebabkan orang kampung susah untuk menangkapnya. Ada yang mendakwa dia boleh berjalan atas tembok, boleh tembus bilik berkunci dan jugak boleh ghaib dengan tiba-tiba.

Bagaimanapun, orang minyak juga didakwa mempunyai kelemahan tersendiri. Gadis-gadis yang mahu melindungi diri dikatakan perlu pakai baju yang ada bau peluh lelaki semasa tidur kerana menyebabkan orang minyak berfikir gadis itu sebenarnya lelaki.

Kelemahan kedua pula dikatakan perlu tabur kelopak jantung pisang dan daun keladi bira dekat kawasan rumah atau bilik. Selain itu kain batik juga dikatakan boleh lumpuhkan orang minyak.

Wujud atau tidak sebenarnya orang minyak ini pada zaman sekarang memang tidak dapat dipastikan. Tetapi, sebagai umat Islam eloklah berhati-hati dan mengamalkan ayat pendinding diri. – utaranews

One thought on “Betul ke orang minyak masih wujud pada zaman moden ini?

  • 04/04/2018 at 8:05 pm
    Permalink

    nik anis asyirah dah dlm list .
    mne lg 98 anak dara kelantan ? cepat tadah jubo lobos korg .
    KEHKEHH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *