Betul Ke Zul Ariffin Tak Hormat Orang Tua?

Nampaknya isu mengenai terputusnya hubungan cinta diantara Zul Ariffin dan juga Zahirah MacWilson memang menjadi semakin hangat selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan.

Jika sebelum ini Zul ada mengeluarkan kenyataan yang dia memutuskan untuk mengakhiri hubungannya dengan Zahirah kerana berasa kecewa Zahirah selfie berdekatan dengan jenazah ibunya kini giliran bapa Zahirah pula iaitu Zainol MacWilson membuka mulut.

Zainol yang sejak dari awal lagi tidak merestui anaknya berkawan dengan Zul mendedahkan yang dia dari awal lagi dapat merasakan hubungan itu tidak akan ke mana kerana Zul bukan sahaja tidak layak untuk Zahirah tetapi sikap Zul terhadap orang tua juga tidak bagus.

Itu kerana, di awal pertemuan Zainol langsung tidak bersalam dengan Zul, itu adalah kerana Zul pernah bersikap kurang ajar dengan ibu Zahirah.  Namun, meskipun tahu dirinya tidak disukai tetapi Zul enggan memperbaiki hubungan itu.

Dan dia pula terpaksa menerima keputusan anaknya yang ingin berkawan rapat dengan Zul walaupun tidak merestui dan menyukai keputusan itu. Tetapi, kini hubungan itu telah berakhir dan Zainol sudah boleh menarik nafas lega.

Akan tetapi, persoalannya sekarang betul ke Zul Ariffin seorang yang tidak menghormati orang tua? Kak Lala bukan ingin pertikaikan kenyataan bapa Zahirah itu tapi kak Lala jadi tertanya-tanya betul ke itu sebab kak Lala tengok Zul baik sahaja dengan arwah ibunya.

Jadi, macam mustahil sahaja Zul bersikap tidak baik dengan orang lain tapi macam yang kak Lala cakap tadi apa sebenarnya yang terjadi itu hanya mereka sahaja yang tahu. Kak Lala mampu berharap isu ini tidak berpanjangan dan boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Mungkin sudah tertulis yang jodoh Zul dan Zahirah tidak panjang, pasti ada hikmah mengapa semua ini berlaku. –kaklala/utaranews.com

One thought on “Betul Ke Zul Ariffin Tak Hormat Orang Tua?

  • 16/04/2018 at 3:52 pm
    Permalink

    Bodoh dungu zul arifin keparat . Kuat melantak taik unta . Sbb tu jd gitu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *