Black Nyanyikan Lagu Dedikasi Untuk Al Aqsa

Sebagai negara Islam sudah pastinya kita turut sama akan berasa simpati apabila saudara sesama Islam kita ditindas dan berang apabila beberapa tempat-tempat suci yang menjadi martabat seorang Muslim dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah, disebabkan penindasan yang tidak adil itu ramai netizen, persatuan-persatuan serta artis-artis tempatan turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan itu. Namun, bukan itu sahaja, tapi terdapat juga beberapa artis yang turut berjihad melalui karya seni mereka.

Terbaru, bekas protégé Mas Idayu iaitu Black Hanifah pula dikatakan bakal muncul dengan single terbaru yang dikatakan membawa mesej memperjuangkan kemuliaan Masjid Al-Aqsa daripada ancaman tentera Zionis.

Menurut penulis liriknya, lagu yang bertajuk ‘Seruanmu’ itu dicipta bukan sahaja untuk mengajak umat Isalm supaya turut sama merasakan kepentingan masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga tersuci tetapi ia juga adalah untuk mengajak orang Islam memberikan sumbangan.

Demi untuk membebaskan masjid Al-Aqsa daripada serangan kejam Zionis. Sudah pastinya sebagai umat Islam kita tidak ingin melihat tempat yang pernah dijadikan arah kiblat sewaktu awal penghijarahan Nabi Muhammad SAW itu diperlakukan seperti itu.

Oleh itu, meskipun hanya memberikan sedikit sumbangan tetapi siapa tahu sumbangan sekecil itu mampu bantu menyelamatkan masjid suci itu daripada kekejaman.  Wallahualam. Sebelum itu mari kita dengarkan lagu ‘Seruanmu’ itu.

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *