Cameron Diaz Umumkan Persaraan Dari Dunia Lakonan

Ini adalah satu berita yang kurang mengembirakan buat peminat pelakon terkenal Hollywood iaitu Cameron Diaz dimana pelakon filem ‘The Other Women’ itu baru-baru ini telah mengumumkan yang dia akan bersara daripada dunia lakonan yang telah diceburinya sejak tahun 1994 itu.

Menurut laporan, Cameron telah melakukan penguguman itu sewaktu muncul dalam rancangan temu bual bersama pelakon, Selma Bair dan Christina Applegate untuk mearaikan ulangtahun filem ‘The Sweetest Thing’.

Topik persaraan itu muncul apabila Cameron mengatakan yang dia sepetutnya meluangkan lebih banyak masa bersama rakan-rakannya memandangkan sekarang ini dia mempunyai banyak masa lapang kerana tidak berbuat apa-apa.

Namun, punca sebenar Cameron ingin meninggalkan dunia Hollywood masih tidak diketahui tetapi nampaknya keputusan Cameron untuk bersara dari industri lakonan itu adalah benar dan ia bukan sekadar gurauan.

Cameron memulakan karier lakonannya melalui filem ‘The Mask’ bersama Jim Carrey pada tahun 1994 dan seterusnya membintangi beberapa filem terkenal seperti ‘There’s Something About Mary’, ‘Charlie’s Angels’, ‘Sherk’, ‘My Sister Keeper’ dan filem terakhir Cameron adalah pada tahun 2014 bertajuk, ‘Annie’.

Rasanya sudah lama Cameron menceburi bidang lakonan Hollywood ini jadi memang sudah sampai masanya untuk dia bersara dan menumpukan perhatiannya kepada perkara lain. Berhenti berlakon tidak bererti Cameron akan hilang daripada ‘spotlight’ paparazi, kak Lala yakin kehidupan selepas bersara Cameron masih akan menjadi berita di Hollywood. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *