Cina DAP dedah strategi Kit Siang pergunakan Mahathir demi undi

Ketika ini hangat diperkatakan orang ramai apabila terdapat satu video ceramah seorang pemimpin parti DAP sedang tular. Menariknya dalam video itu menunjukkan betapa pemimpin parti Roket itu sebenarnya tidak suka dengan cara bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini boleh dilihat dalam video tersebut yang menunjukkan bekas ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali dengan gelaran “Superman” lantang menghina dan memaki hamun bekas perdana menteri keempat itu.

“Mahathir ialah orang jahat.. saya tidak pernah cakap Mahathir ialah orang baik.. Mahathir memang jahat dari berdekad-dekad dulu..” kata Hew.

Malah, Hew juga membandingkan usia Mahathir yang telah mencecah 90-an dan usia Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang yang berusia 70-an. Dalam ceramah berkenaan juga, Hew mengatakan calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu hanya dijadikan DAP kerana ini adalah pilihan raya terakhir Mahathir.

Adakah penyokong-penyokong tegar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh menerima penghinaan teruk ini? Mungkin mereka boleh meskipun dalam hati berkata lain. Maklumlah Mahathir kan menjalin hubungan politik dalam Pakatan Harapan yang didominasi DAP.

Jadi, kena hina teruk macam mana sekali pun, mungkin mereka boleh terima dan membiarkan sahaja seolah-olah menerima ‘pujian’. Apa yang pasti, DAP ketika ini akan berdiam diri kerana parti itu tidak mahu menjejaskan usaha Mahathir untuk memecah belahkan orang Melayu dan Islam.

Bila tiba masa sesuai, parti Roket itu akan menunjukkan siapa mereka yang sebenarnya. Sudah maklum, DAP merupakan parti yang ingin orang lain mengikut telunjuk mereka sahaja. Mengikut cara dan prinsip mereka yang mereka perjuangkan.

Sebelum ini, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah bercakaran sesama sendiri semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak. Hasil percakaran itu, pakatan pembangkang tewas teruk di negeri berkenaan.

Sekarang timbul pula video parti Roket itu menghina dan memaki hamun Mahathir. Ini juga secara tidak langsung parti itu turut menghina parti Cap Bunga yang telah dibubar sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Sudah jelas DAP sebenarnya merupakan parti yang hanya mementingkan diri sendiri. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *