‘Danur 2: Maddah’ Didakwa 10 Kali Lebih Seram Dari Pengabdi Setan

Jika anda yang pernah menonon filem seram arahan Joko Anwar yang bertajuk ‘Pengabdi Setan’ dan merasakan filem itu adalah yang paling seram dan menakutkan, tanggapan seperti itu pasti akan berubah selepas anda menonton filem ‘Danur 2: Maddah’.

Itu adalah kerana, menurut pelakon utama filem itu, Prilly Latusconsina, filem sekuel dari ‘Danur 1’ itu adalah lebih menyeramkan dan mengikutnya tahap keseraman itu bukan ditahap satu atau dua kali tetapi 10 kali ganda.

Pehh, kalau begitu kak Lala pasti filem itu sudah memasuki tahap orang berani sahaja yang boleh tengok. Orang suam-suam berani macam kak Lala ini memang tak akan tengok lah filem itu tambahan pula ia dikatakan dilambil daripada kisah benar.

Yang mana, jalan ceritanya juga tidak lari dari kejadian sebenar yang berlaku jadi sudah tentu keseraman filem ‘Danur 2’ itu akan lebih dirasai. Rasanya kalau kak Lala tonton filem ini tak tahu jadi apa, waktu tengok ‘Pengabdi Setan’ pun tiga hari kak Lala tidur dalam ketakutan.

Walaupun takut tapi kak Lala belanja jugalah sedikit info mengenai filem ‘Danur’ ini, bagi yang tidak mengetahui, filem ‘Danur 1’ ditayangkan terlebih dahulu dari filem ‘Pengabdi Setan’ dan mendapat sambutan memberangsangkan sebelum tahtanya dirampas oleh filem lakonan Bront Palarae itu.

Namun, sejak ditayangkan pada hari Khamis lepas, filem ‘Danur 2’ telah berjaya medapat 170 ribu orang penonton di pawagam dan rasanya jika berterusan mendapat sambutan yang hangat seperti itu tidak mustahil untuknya kembali merampas tahkta yang pernah dimiliki sebelum ini.

Malah, mungkin juka akan mengikuti jejak langkah ‘Pengabdi Setan’ untuk ditayangkan di Malaysia. Buat masa ni, kak Lala belanja trailer filem ‘Danur 2: Maddah’ itu dulu.

-kaklala/utaranews.com

One thought on “‘Danur 2: Maddah’ Didakwa 10 Kali Lebih Seram Dari Pengabdi Setan

  • 03/04/2018 at 4:10 pm
    Permalink

    Seram tahap taik idong sebutir kak lala .
    Huhukk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *