DAP jual maruah parti dan ahli kepada Mahathir

DAP telah menjual maruah parti itu dan ahli kepada bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad apabila sanggup “menggantungkan” logo roket yang sudah sinonim dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang dan menggunakan lambang PKR.

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, berkata tindakan DAP yang sanggup mengetepikan logo roket yang telah digunakan oleh mereka dalam PRU sejak tahun 1969 membuktikan parti itu mengikut telunjuk Mahathir.

“Kesediaan DAP untuk menggunakan satu logo iaitu PKR menunjukkan parti itu sanggup menggadai logo parti mereka sendiri kepada Dr Mahathir dan ini akan memberi laluan kepada beliau (Dr Mahathir) berkuasa untuk mengawal DAP dalam kempen pilihan raya.

“Disebabkan Dr Mahathir, DAP tidak dapat menggunakan logo mereka sendiri dan keputusan ini amat mengecewakan ramai ahli dan penyokong DAP,” katanya.

Huan juga berkata, keputusan DAP yang sanggup mengetepikan logonya sendiri juga kerana parti Roket itu penuh dengan banyak skandal termasuk yang melibatkan Setiausaha Agung DAP yang juga merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, selain itu parti Roket itu juga dibelenggu dengan isu projek mega pembinaan terowong dasar laut bernilai berbilion ringgit, banjir dan tanah runtuh.

Tambah Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia itu, rakyat sudah tidak boleh lagi mempercayai DAP yang mana parti itu sendiri pun sudah tidak yakin lagi menggunakan logo parti sendiri.

“Jika mereka bertanding menggunakan logo roket, mereka akan kalah teruk,” tambah beliau. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *