DAP sanggup bermain politik kotor untuk jatuhkan MCA dan Gerakan

Sudah maklum cita-cita utama parti DAP yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah mahu menguasai negara dan menukar sistem pentadbiran negara berasaskan Republik sepenuhnya. Ini boleh dilihat menerusi prinsip Malaysia Malaysian yang terus diperjuangkan DAP selama ini. DAP dilihat tidak akan ‘berpaling tadah’ kepada agenda Malaysian Malaysia.

Perlembagaan parti Roket itu jelas mengatakan matlamat agungnya adalah untuk melaksanakan Malaysian Malaysia yang boleh difahami sebagai perjuangan hak sama rata.

Untuk itu parti Roket itu sanggup bermain politik kotor dengan cuba mahu menjatuhkan parti MCA dan GERAKAN yang juga sama menjadi wakil masyarakat Cina di dalam kerajaan. Macam-macam cara digunakan oleh DAP untuk memastikan masyarakat Cina menolak calon-calon dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Selain itu, DAP juga ada perancangan licik mereka sendiri untuk memusnahkan kewujudan MCA yang semua pihak akui bahawa MCA merupakan parti komponen utama BN. Parti Roket itu betul-betul mahu seluruh masyarakat Cina di Malaysia hanya memberi sokongan kepada perjuangan mereka sahaja bagi mengubah pentadbiran negara menjadi sebuah negara Republik jika mereka berjaya membentuk kerajaan nanti.

Bagaimanapun, satu hal yang menjadi halangan utama buat parti Roket itu untuk memusnahkan parti MCA adalah MCA sentiasa akur kepada konsesus dalaman Barisan Nasional yang memastikan kesaling hubungan antara parti-parti yang berada di dalam BN.

Di dalam parti Roket tidak ada sikap toleransi dan saling hormat-menghormati. Bagi parti Roket itu, mereka hanya mementingkan kuasa mutlak dengan mempergunakan semua parti yang menjalin pakatan bersama bagi membolehkan mereka merealisasikan cita-cita mereka.

Keinginan kuat DAP yang berteraskan ultra kiasu ini juga sudah jelas ditolak mentah-mentah oleh rakyat negara ini khususnya kaum Bumiputera.

Walau apa pun, DAP perlu ingat, UMNO, MCA, MIC mahupun lain-lain parti yang membentuk BN sejak sekian lama menyetujui satu hal. Hal tersebut merupakan adalah saling hormat-menghormati antara kaum. Hal inilah yang tidak ada di dalam teras utama parti Roket itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *