DAP sanggup gantung logo Roket demi tarik undi melayu

Walaupun enggan mengesahkan bahawa calon-calon Pakatan Harapan termasuk DAP akan menggunakan logo PKR di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, namun Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengesahkan calon-calon partinya tidak akan menggunakan logo Roket.

DAP dikatakan akan menggunakan logo sama dengan calon parti komponen lain di dalam gabungan pembangkang itu. Hanya calon DAP di negeri Sabah dan Sarawak sahaja akan kekal menggunakan logo roket. Meskipun Guan Eng enggan mengesahkannya, calon-calon Pakatan Harapan termasuk DAP dipercayai akan bertanding menggunakan lambang PKR pada PRU akan datang.

Sebelum ini DAP dikatakan bertegas tidak mahu menggunakan logo parti lain selain Roket kerana bimbang pengundi kaum Cina keliru, tetapi parti itu kini telah mengubah pendiriannya. Kenapa DAP bertukar pendiriannya untuk tidak menggunakan logo ‘Roket’ pada PRU-14 yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya?

Tidak susah pun untuk meneka mengapa parti Roket itu tiba-tiba mengubah pendiriannya. Ini kerana DAP sebenarnya takut dan sedar tanggapan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap parti Roket itu memang tidak dapat dipadam. Jadi, DAP sanggup gantung logo Roket demi tarik undi orang Melayu.

Maka, parti yang pernah digelarkan parti rasis oleh bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad sebelum ini terpaksa bermain wayang politik dan menerima untuk tidak menggunakan logo Roket untuk buat sementara.

Jika DAP fikir dengan tindakan mereka itu boleh mengubah tanggapan rakyat terhadap parti Roket itu, mereka silap kerana ia sebenarnya tidak mengubah apa-apa pun. Sikit pun tidak!

Sekiranya DAP mengubah penampilan mereka macam mana sekali pun, parti Roket itu tetap tidak akan mengubah dasar perjuangan mereka yang memang telah wujud sejak sekian lama.

Kesimpulannya, tindakan parti Roket itu sebenarnya hanya sekadar untuk menipu rakyat khususnya orang Melayu pada PRU akan datang secara terang-terangan. Walau apa pun, tak perlulah DAP berlakon kerana orang Melayu tidak akan terpedaya dengan cara itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *