Elizad ‘Sentap’ Bila Dikatakan Kurus Macam Papan

Siapa saja yang tidak akan berasa marah bila ada orang lain mengkritik bentuk badan mereka apatah lagi jika kritikan itu datang daripada orang yang tidak dikenali. Hamboi, dah lah tak kenal suka-suka je hendak kritik orang.

Terutama sekali perempuan bab menegur mengenai bentuk badan atau wajah ini memanglah satu perkara yang tersaaaangat sensitif, kalau kak Lala memang dah boleh jadi bahan buat gaduh itu, marah punya pasal.

Boleh dikatakan cara pelakon ‘Syurga Yang Kedua’ iaitu Siti Elizad menegur tindakan seorang individu yang menghina bentuk badannya yang kononnya seperti papan itu adalah sedikit sopan jika hendak dibandingkan dengan kak Lala. Hehe

Menganggap individu itu ingin menjadi terkenal, Elizad memilih untuk memuat naik profil Instagram individu yang mengunakan nama Melly Mel itu di Twitter-nya bersama beberapa tegurannya untuk individu yang telah menghinanya itu.

Sambil menegaskan yang mereka boleh menghina benda lain tetapi bukan keluarga serta bentuk fizikalnya kerana itu semua adalah kurniaan Allah SWT. Lihat, orang yang secantik Elizad pun sentap bila kena kritik, inikan pula yang biasa-biasa seperti kak Lala ini.

Kak Lala setuju dengan Elizad yang semua yang kita miliki ini adalah kurniaan Allah, jadi jika orang menghina sesuatu benda itu, itu bermakna mereka menghina ciptaan Allah SWT. Haaa sah-sahlah itu berdosa. Lagi pula, mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ini.

Melainkan orang yang perasan sempurna seperti individu yang mengatakan badan Elizad seperti papan itu. Nampak sangat dia yakin dengan bentuk badan dia. Tapi, yang sebenarnya, kak Lala dah lama ‘adore’ dengan Siti Elizad ini, bukan sahaja pandai berlakon, tapi tinggi, kurus, dan cantik.

Jadi, adalah lebih baik jika diabaikan sahaja anasir-anasir bawang yang dengki dan kurang kasih sayang itu, mereka itu semua tidak boleh dilayang nanti makin menjadi-jadi. -kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *