Ernie Zakri Tunggu Jodoh Untuk Berkahwin

Nama Ernie Zakri mungkin agak kurang dikenali dulu tetapi selepas memenangi anugerah Persembahan Terbaik’ di Anugerah Juara Lagu ke-32 baru-baru ini, nama Ernie sudah semakin dikenali terutama sekali apabila ia digandingkan dengan rakan duetnya iaitu Syamel.

Memang tak dinafikan gandingan Ernie dengan Syamel memang sangat hebat sehinggakan ‘chemistry’ itu membawakan kepada peminat mendoakan Ernie dan Syamel benar-benar bercinta. Hamboi, mentang mereka nyanyikan lagu cinta menusuk tepat ke hati, terus mahu mereka benar-benar bercinta yee?

Tapi, sebenarnya mereka hanyalah rakan duet kerana Ernie sebenarnya masih single. Walaupun dia ingin berkahwin tetapi oleh sebab masih belum bertemu dengan jodohnya jadi Ernie terpaksa melupakan itu.

Sebaliknya, menumpukan perhatiannya pada kerjaya yang manisnya baru sahaja dikecapi setelah sekian lama menginginkan semua itu. Bercakap soal jodoh, sebagai manusia Ernie hanya menyerahkan semua itu kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui.

Namun, jika sudah sampai masanya Ernie pasti akan memberitahu peminat-peminatnya tetapi buat masa sekarang ini masih belum ada apa-apa.  Mungkin belum sampai masanya, lagi pula Ernie masih muda dan perjalanan karier Ernie masih jauh lagi.

Serahkan semua itu kepada takdir, bila tiba masanya kelak pasti Ernie akan memasuki alam perkahwinan. Kita doakan yang baik-baik sahaja semoga Ernie cepat bertemu jodoh. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *