Fasha Sandha Anggap ‘Single Is Awesome’

Disaat ramai pelakon yang berusianya hidup bahagia bersama suami dan anak-anak mereka, berbeza pula dengan pelakon yang terkenal dengan watak air mata iaitu Fasha Sandha dimana lebih selesa dan berasa bahagia dengan kehidupannya yang sekarang.

Semua ketahui yang Fasha telah lama berpisah dengan suaminya, Jejai dan kini sedang sibuk membesarkan dua orang anakya iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima namun, itu semua masih membuatkan Fasha berasa bahagia.

Pastinya tiada apa yang lebih membahagiakan seorang ibu adalah dari melihat anak mereka membesar di depan mata walaupun terpaksa berkerja keras. Akan tetapi, rezeki dalam bidang lakonan dan perniagaan Fasha juga semakin melimpah ruah.

Sehingga membuatkan pelakon’Syurga Yang Kedua’ itu merasakan kehidapannya kini sedang berada di fasa bahagia kerana ‘single is awesome’ kerana dia tidak terikat dengan apa-apa komitmen sebaliknya hanya perlu beri tumpuan mencari rezeki untuk anak-anaknya.

Sebenarnya, bukan Fasha sahaja yang merasakan ‘single is awesome’, kak Lala rasa ramai lagi wanita di luar sana yang turut merasakan seperti itu kerana zaman sekarang ini ramai wanita yang tidak memilih untuk berkahwin kerana takut akan realiti alam perkahwinan atau tersalah pilih suami.

Oleh itu, mereka rela hidup bujang dan hanya menumpukan perhatian mereka pada kerjaya sahaja sebagai contoh seperti kak Lala. Apa pun, Kak Lala memang tersangat kagum dengan Fasha ini, tidak kira apa terjadi dalam hidupnya, Fasha tetap cekal untuk menghadapi semua itu, tanpa melenting.

Harap ramai wanita di luar sana yang boleh menjadikan ketabahan Fasha itu sebagai inspirasi untuk mereka turut kuat menempuhi apa pun dugaan mereka. Pasti suatu hari nanti aka nada kebahagiaan yang hakiki buat Fasha dan juga anak-anak. Kita doakan yang baik-baik. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *