Fasha Sandha Diam-Diam Sudah Berkahwin Di Kemboja?

Kehebatan pelakon bernama Fasha Sandha berlakon tidak perlu diragui lagi kerana Fasha memang seorang pelakon yang berbakat terutama sekali bab-bab air mata ini. Bila tengok adagen sedih Fasha saja automatik hati pasti akan turut berasa sedih.

Tapi, itu bukan kisahnya kerana kak Lala pasti ramai orang juga sama seperti kak Lala yang tertanya-tanya tiadakah ibu kepada dua orang cahaya mata itu menemui pengganti dalam hidupnya selepas bercerai dengan bekas suaminya.

Meskipun pernah terbalit dengan kontroversi dengan seorang jejaka misteri tetapi nampaknya hubungan Fasha dengan jejaka itu hanyalah sebagai kawan sahaja dan Fasha pula lebih memilih untuk merahsiakan perihal peribadinya kerana bimbang itu akan dicuri.

Namun, berita terbaru yang kak Lala dapat tahu adalah Fasha sebenarnya telah berkahwin secara rahsia di Kemboja dan perkahwinan itu pula adalah bersama dengan pelakon, Adi Putra. Pada awalnya terkejut beruk jugalah kak Lala, tapi rupanya itu hanya untuk drama terbaru mereka sahaja.

Fuhh, ingatkan betul-betul tadi, drama yang mempunyai adegen perkahwinan diantara Adi Putra dan juga Fasha Sandha itu bertajuk ‘Teratai Kemboja’ dan drama itu telahpun mula bersiaran sejak 13 April lalu.

Yang mana, drama yang turut menampilkan barisan pelakon seperti Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, dan ramai lagi itu menceritakan mengenai perkahwinan Fikri (Adi Putra) dan Hanani (Elly Mazlien) yang tidak bahagia gara-gara sikap Hanani yang lebih mementingkan dirinya sendiri.

Disebabkan oleh sikap Hanani itu, Fikri merasa tertekan dan akhirnya diserang sakit jantung dan membawa kepada pertemuan Fikri dengan Taufik (Hasnul Rahmat) yang merupakan guru agama di Kemboja. Perkenalan rapat Fikri dengan Taufik itu membuatkan Fikri teringin untuk mengikuti Taufik pulang ke Kemboja.

Disana, Fikri telah tertarik pula kepada anak Taufik iaitu Nurhidayah (Fasha Sandha) dan perkenalan itu membawa kepada perkahwinan disana tetapi Fikri masih lagi suami kepada Hanani jadi, dapatkan Hanani dapat menerima kehadiran Nurhidayah dalam hidupnya?

Uih, macam menarik sahaja drama ‘Teratai Kemboja’ ini, jalan ceritanya buatkan kak Lala rasa tak nak terlepas peluang ingin mengikuti drama itu dengar katanya penggambaran turut dilakukan di Kemboja pasti lebih menarik. Kak Lala tak nak cakap banyak pastikan anda juga tidak ketinggalan untuk saksikan drama ‘Teratai Kemboja’ itu. – kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *