Fathia Latiff Kini Bergelar Penyanyi Dengan Single ‘Keluarkan Aku’

Selepas menyanyikan semula lagu seperti New Rules, Sakit, Love On The Brain dan Di Matamu, akhirnya pelakon ‘Ariana Rose’, Fathia Latiff tampil dengan single terbaru daripadanya yang bertajuk ‘Keluarkan Aku’.

Dengan pelancaran lagu ciptaan DJ Fuzz dan Wawa serta lirik oleh W.A.R.I.S dan Fathia sendiri itu sekaligus telah membuatkan Fathia kini bukan sahaja seorang pelakon tetapi juga seorang penyanyi yang berbakat.

Kenapa berbakat? Ia adalah kerana disebalik kontroversi panas yang berada disekitarnya, kak Lala sebenarnya kagum dengan bakat menyanyi yang diperolehi oleh Fathia jika hendak dibandingkan dengan pelakon lain yang turut menjadi penyanyi.

Malah, sejak mendengar dia menyanyikan semula lagu Dua Lipa (New Rules) tahun lepas, kak Lala terus jatuh hati dengan suara Fathia. Tapi, bukan kak Lala sahaja rupanya yang rasa seperti itu tetapi netizen lain turut merasakan perkara yang sama.

Malah, ruangan komen untuk lirik video rasmi lagu ‘Keluarkan Aku’ itu juga turut dibanjiri dengan pujian dari netizen. Pada kak Lala, lagu ‘Keluarkan Aku’ ini sangat ‘catchy’, berbeza dengan lagu-lagu sedia ada, dan berbaloi untuk didengar.

Oleh itu, kak Lala tak nak cakap banyak, mari kita layan lagu ‘Keluarkan Aku’ itu disini.

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *