Fikry Ibrahim Terasa Dengan Komen-Komen Negatif Makcik Bawang

Sekuat mana pun mental seorang selebriti itu tidak dinafikan sedikit sebanyak pasti mereka akan berasa terkesan dengan komen-komen negatif yang netizen atau lebih dikenali sebagai makcik bawang berikan kepada mereka.

Terutama sekali jika komen itu adalah mengenai kualiti kerja yang mereka telah berusaha lakukan sebaik mungkin tetapi masih gagal untuk memuaskan hati ramai orang. Seperti yang dirasai oleh pengacara rancangan Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2), Fikry Ibrahim.

Setahu kak Lala Fikry bukan memulakan kariernya dalam industri sebagai pengacara sebaliknya adalah sebagai peserta Lawak Solo jadi sudah tentu Fikry agak kurang mahir dalam bidang pengacaraan tetapi Fikry boleh dikatakan berani untuk mencuba mengacarakan rancangan GGV.

Namun, malangnya gaya pengacaraan Fikry itu bagaimanapun telah menjadi bahan kutukan makcik bawang sehingga membuatkan hati lelaki Fikry tersentuh kerana dia telah lakukan yang terbaik sebelum mula mengacarakan rancangan itu.

Tidak kira lelaki atau wanita jika usaha keras kita dikritik sudah tentu kita akan berasa sedih tambahan pula bila ayat kritikan itu keluar daripada mulut makcik bawang yang boleh tahan pedasnya itu. Akan tetapi, Fikry menerima semua itu dan berjanji akan terus memperbaiki dirinya supaya menjadi lebih baik.

Semangat itu yang kita mahukan, teruk mana pun dikritik jangan mudah mengalah sebaliknya buktikan yang kata-kata makcik bawang itu semua tidak benar dengan terus belajar menjadi pengacara yang terbaik. -kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *